Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta buku Singapura di Isetan Wisma Atria mulai esok

Jun 15, 2015 | 12:59 PM



SATU pesta buku yang bertujuan untuk meraikan penerbitan buku Singapura akan diadakan di Isetan Wisma Atria mulai esok hingga 30 Jun ini.


Anjuran Persatuan Penerbit Buku Singapura (SBPA) dan Isetan Singapore, pesta tersebut akan menjadi tumpuan sesi menandatangani buku, mempunyai sudut membaca dan pameran yang memaparkan buku-buku terbitan Singapura sejak 1965.


Menurut kenyataan SBPA, seluruh ruang besmen Isetan Wisma Atria sekitar 15,000 kaki persegi akan dijadikan kawasan pameran dan penjualan bagi para penerbit Singapura dengan menampilkan para penulis dan pelukis ilustrasi setempat dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.


Sementara itu, SBPA juga mengumumkan pengenalan semula Anugerah Buku Singapura bagi 2015.


Anugerah tersebut bertujuan untuk menggalak penerbitan buku terbaik dalan industri penerbitan di Singapura.


Pencalonan kini dibuka sehingga 31 Ogos ini dengan pemenang akan diumumkan dalam satu acara koktel sempena Festival Penulis Singapura pada November 2015.


SBPA merupakan persatuan perniagaan yang ditubuhkan pada 1968 untuk melindungi dan menggalak industri penerbitan buku di Singapura. Ia kini mempunyai 66 anggota.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >