Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Cahaya! 5 perkara anda perlu tahu mengenai Deepavali

Oct 17, 2017 | 08:15 PM



LAMPU berwarna-warni yang menghiasi kawasan Little India menandakan tibanya sambutan ‘Pesta Cahaya’ oleh masyarakat India atau Deepavali. 



Berita Harian menyenaraikan lima perkara menarik yang anda patut tahu mengenai sambutan Hari Deepavali. 





1. LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN KEJAHATAN



Pesta Cahaya sudah tentunya disambut dengan pelita. Antara sebab mengapa perayaan ini dirai dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan. 

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. 



Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan terbabit. 





2. ‘KOLAM’ MENJADI PENYERI RUMAH 



Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolam’ atau ‘ranggoli’ atau ‘muggu’ iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari. 



Biasanya ‘kolam’ ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. 





3. MAKANAN LAZAT DEEPAVALI



Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi hidangan pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. 



Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. 



Oleh sebab itu juga, manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.



Antara makanan yang dihidangkan pada pagi Deepavali termasuk sembilan jenis hidangan sayur-sayuran termasuk ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal. 



Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain termasuk muruku dan ‘adivasam’ dan ‘payasam’.



 





4. TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT TEMPAT 



Perayaan Hari Deepavali disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. 



Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. 



Di Singapura, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka inginkan. 





5. PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI 



Pada pagi hari perayaan, ahli keluarga akan bangun lebih awal dan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalaman dan memohon maaf dengan kededua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. 



Mandi minyak bijan bertujuan untuk menyucikan badan dan semangat. 



Ia adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. 



Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga. 



Ia diumpamakan sama seperti mandi di Sungai Ganges yang bertujuan untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >