Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pesta Kesihatan 2020 tawar program dan kegiatan dalam talian

Aug 13, 2020 | 08:16 PM



PESTA Kesihatan kembali buat kali kedua tahun ini dengan pelbagai program dan kegiatan dalam talian yang boleh diikuti dan disertai dari keselesaan rumah masing-masing.


Acara kesihatan dan kecergasan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) itu akan diadakan pada 16 Ogos dan terdiri daripada sesi senaman secara langsung pada sebelah pagi diikuti cabaran memasak dan program sembang pada sebelah malam di Facebook WGS.


Dari 9 hingga 10 pagi, orang ramai boleh mengikuti edisi Zoom Senam Senam Pasar dengan sesi senaman Bollydance bimbingan jurulatih dari Nawal Haddad Fitness.


Dari 9 hingga 10 malam pula, sesi Sembang Sihat akan memaparkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang akan menyingkap Pesta Kesihatan pertama tahun lalu dan mengongsi apa yang boleh dijangkakan bagi pesta tahun ini.


Penekanan kuat akan dibuat ke atas pentingnya bersikap bertanggungjawab untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat dibendung.


Seterusnya, satu cabaran memasak akan diadakan memaparkan finalis Kek Champion Muzammil dan Sartina yang akan bersaing untuk menyediakan sajian sihat.


Ini akan diikuti wawancara bersama pengamal perubatan umum dari Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Elly Sabrina, dan pengasas Club Heal, Dr Radiah Salim, yang akan bercakap tentang situasi Covid-19 kini serta pentingnya menjaga kesihatan mental dalam keadaan ini.


Orang ramai juga akan dapat mendengar perkongsian daripada bekas pesakit Covid-19, Muhammad Jawad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >