Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PESTA PENULIS SINGAPURA 2016

Selami perjuangan penyair perintis Melayu

Nov 10, 2016 | 05:30 AM



KENALI penulis lirik lagu Kepada Mu Kekasih yang dipopularkan penyanyi tidak asing lagi M. Nasir.



Atau selami isi sajak-sajak yang dihasilkan sekumpulan anak muda yang pernah bergiat aktif dalam bidang penulisan semasa 1970-an.



Demikian antara topik perkongsian dan perbincangan yang boleh anda dengar dan sertai dalam wacana yang menampilkan enam penyair perintis Melayu Singapura yang telah banyak berkarya.



Mereka bakal tampil menyerikan Pesta Penulis Singapura (SWF) dalam satu forum yang berlangsung Sabtu ini.



Antara enam penyair itu, ada yang dikenali ramai dan mapan seperti Suratman Markasan, Maarof Salleh dan Eunosasah. Ada pula penyair berlatarbelakangkan bidang lain seperti Abdul Hamid Besih, Mohamed Yusoff Abdul Rahman dan Sumadi Sarkawi.



Namun, mereka merupakan sekumpulan penulis generasi perintis yang menubuhkan Kumpulan Orang Bertujuh Temasek (O7T).



Mereka akan berkongsi pengalaman, inspirasi dan dorongan sewaktu berkarya semasa tempoh awal pembangunan Singapura.



Buku kecil antologi sajak mereka juga akan diterbit dan diedarkan kepada hadirin.



Buku itu terbitan Berita Harian.



"Ini kali pertama saya berada di pentas sebagai panelis forum. Selalunya saya berada di bawah bertanyakan soalan kepada panelis di atas pentas.



"Saya amat teruja dapat bersama teman-teman lain untuk berkongsi pengalaman menulis saya," kata Sumadi.



Menurutnya, antara topik yang mungkin hadirin dapat jangkakan adalah mengapa ada di antara mereka, yang sudah berhenti menulis selama beberapa tahun, kembali menulis dan mengapa mereka sebagai satu kumpulan akhir-akhir ini kembali menghasilkan begitu banyak karya dan buku.



Dianjurkan bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam dunia sastera Melayu Singapura, Forum Perintis Persuratan Melayu itu akan diadakan di River Room, Muzium Tamadun Asia (ACM), dari 2.30 hingga 4.30 petang. Masuk percuma.



Forum tersebut juga antara kegiatan dalam Persidangan Melayu: Sentuh Sayang, Tinggal Pun Sayang yang diadakan sepanjang Sabtu dari 10 pagi hingga 6.30 petang sempena SWF.



Persidangan itu anjuran bersama Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), Berita Harian dan SWF.



Selain forum dan perbincangan panel, persembahan puisi Muara Sayang oleh para penyair Singapura turut diadakan di akhir persidangan - dari 4.30 hingga 6.30 petang - semuanya di ACM.



Mereka yang akan mendeklamasikan sajak termasuk Nadiputra, Adi Rahman, Mohd Khair Mohd Yasin, Rafaat Hamzah dan Hamed Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >