ADA yang menjadikan kunjungan ke pelbagai sajian 'enak' Pesta Raya sebagai aktiviti tahunan yang tidak mahu dilepaskan dek tarikannya.
Tidak kurang pula yang baru berjinak-jinak dengan acara meriah empat hari yang mengajak orang ramai menikmati aneka hiburan daripada pementasan teater, konsert junjung budi, persembahan budaya dan ceramah tentang filem.