Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Raya kembali ke Esplanade

May 29, 2022 | 05:30 AM



SUASANA Hari Raya yang meriah kembali semula di setiap penjuru pusat seni Esplanade - Teater Di Persisiran apabila Pesta Raya - Festival Kesenian Melayu diadakan pada skala besar selama empat hari.



Setelah dua tahun mata pencinta seni hanya tertumpu dan terbatas pada beberapa program pementasan dan persembahan yang diadakan dalam talian, mereka kembali berkampung sejak Khamis lalu.



Antara acara yang menjadi tarikan adalah konsert Fenomena yang berlangsung di Dewan Konsert Esplanade kelmarin, yang dijayakan tiga penghibur Singapura dari tiga generasi, Jatt Ali, Hady Mirza dan Sufi Rashid.



Ketiga-tiganya yang menetap di seberang Tambak dan mengharumkan nama Singapura dalam rancangan realiti Astro, Gegar Vaganza (Hady dan Jatt) serta Akademi Fantasia (AF) memukau penonton yang sudah lama dahagakan konsert 'live'.



Penggubah lagu dan penyanyi Art Fazil turut mengadakan konsert sebagai meraikan ulang tahun ke-20 albumnya yang memenangi anugerah, Nur, di Studio Resital Esplanade kelmarin.



Pementasan monolog Kepaten Obor oleh penggiat teater Suhaili Safari turut disajikan selama tiga hari di samping konsert kugiran Masdo dari seberang Tambak, Masdo Upsized: Pesta Muda Mudi malam ini, yang mendapat sambutan luar biasa sehingga perlu diadakan di ruang lebih besar.



Ketika dihubungi Berita Minggu, penerbit The Esplanade Co., Cik Hanie Nadia Hamzah, berkata:



"Bagi pihak pasukan Pesta Raya, kami cukup terharu melihat dewan dan pelbagai kemudahan kami yang lain penuh terisi dengan penonton dan penyokong selepas dua tahun menyepikan diri (secara fizikal).



"Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada acara sambutan Hari Raya masyarakat Melayu di sini dan tersentuh dengan usaha ramai meluangkan masa untuk menyokong pesta ini dan artis yang terlibat. Kami berharap dapat membawa lebih banyak acara buat penonton kami pada masa akan datang."



Menurutnya, kebanyakan acara bertiket mahupun percuma meraih sambutan amat menggalakkan daripada penonton dengan kebanyakan tiket laris atau hampir laris dijual. Kami masih menjual tiket bagi persembahan The Wrong Geng oleh jurutari Norhaizad Adam dan Kepaten Obor untuk hari ini (Ahad).



"Kededua kerja seni ini memberi tumpuan kepada dua anak seni generasi selanjutnya yang kian diiktiraf potensinya dalam persada seni di sini dengan kami berharap lebih ramai penonton akan datang untuk menyaksikan sendiri karya menarik mereka," tambah Cik Hanie.



Sufi yang sudah lebih dua tahun tidak pulang ke Singapura kerana sekatan pandemik menghargai peluang mengadakan konsert pertamanya dan berkongsi pentas dengan nama besar, Jatt dan Hady.



"Saya sangat rindu membuat persembahan 'live' di negara sendiri malahan dapat berduet dengan sahabat saya sejak AF, Syamel," tambahnya.



Penggemar acara hiburan, Cik Sofia Fandi, 35 tahun, seorang penyelia logistik, pula menambah:



"Saya beli tiket bagi tiga konsert dari Jumaat hingga Ahad. Pada minggu terakhir Syawal, saya ibarat beraya 'Last Kopek' di Esplanade dengan teman yang tak sempat saya kunjungi rumahnya untuk hiburkan hati."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >