Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Seni Antarabangsa S'pura kembali 14 - 30 Mei

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



FESTIVAL seni persembahan tahunan Singapura kembali tahun ini dari 14 hingga 30 Mei dengan acara baru yang luar biasa banyaknya.



Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) itu, yang dibatalkan tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, diteruskan tahun ini dengan lebih 60 pertunjukan secara langsung dan dalam talian oleh artis tempatan dan antarabangsa.



Tiket mula dijual kelmarin.



Persembahan utama tahun ini termasuk pementasan penyesuaian drama moden Anton Chekhov, Three Sisters, oleh Nine Years Theatre dari Singapura dan Siti Company dari New York.



Pelakon daripada Siti Company akan membuat penampilan secara digital sementara pelakon Singapura membuat persembahan di Teater Pusat Drama Bangunan Perpustakaan Negara.



Sebuah lagi acara kemuncak ialah penerbitan tarian dan muzik tiga bahagian The Rhythm of Us oleh Singapore Dance Theatre dan Orkestra Simfoni Singapura.



Mereka akan mempersembahkannya secara langsung di Esplanade buat julung-julung kalinya.



Salah seorang koreografernya ialah penari tersohor Amerika Pam Tanowitz, yang bekerja dengan penari lain melalui sesi video Zoom.



Acara lain termasuk opera The Invisible Opera oleh pemuzik Sophia Brous, yang akan berinteraksi secara langsung dari Melbourne, Australia, bersama penonton di sebuah lelapang di Singapura.



Pengarah festival tersebut, Encik Gaurav Kripalani, berkata festival itu diatur sebagai respons terhadap semua yang telah dilalui dan sekitaran sekarang.



"Pemenstriman persembahan dalam talian ialah wadah yang ramai daripada kita terpaksa lakukan semasa sekatan pandemik ini, yang merupakan cara kurang sesuai.



"Namun, ia juga mendorong minat saya meneroka teknologi 3D, teknologi interaktif dan responsif berkaitan persembahan, yang, saya percaya, akan menjadi bahagian penting seni pementasan pada masa depan," kata Encik Kripalani, yang mengkahiri penggal tahun ketiganya sebagai pengarah festival pada Mei.



Beliau menambah: "Sekiranya kita harus mencari sinar harapan daripada Covid-19, ia adalah penghargaan yang jauh lebih besar bagi seni dan permintaan terpendam bagi persembahan secara live."



Pada Mei tahun lalu, penganjur festival juga melancarkan platform dalam talian Sifa v2.020, iaitu sebuah siri ceramah, bengkel dan pertunjukan secara maya sebagai ganti persembahan fizikal.



Tahun ini ada sembilan acara yang ditugaskan bagi festival itu - terbanyak dalam penggal Encik Kripalani. Kebanyakan persembahan itu akan disediakan di video atas permintaan (VOD) seminggu selepas festival tersebut, dari 5 hingga 12 Jun.



Antara teater tempatan yang akan bekerjasama dengan acara tahun ini buat kali pertama ialah Pangdemonium, Wild Rice dan Singapore Repertory Theatre.



Selain itu, syarikat teater The Necessary Stage akan menyelidiki krisis alam sekitar dalam persembahan The Year Of No Return.



Festival ini akan dibuka dengan konsert penghormatan buat legenda jazz Singapura Louis Soliano.



Sifa, yang ditubuhkan pada 1977 sebagai Festival Seni Singapura, dianjurkan Arts House Limited dan ditugaskan oleh Majlis Seni Kebangsaan.



Encik Kripalani akan menyerahkan tanggungjawabnya kepada pengarah teater Natalie Hennedige bagi penggal tiga tahun bermula tahun depan.




"Sekiranya kita harus mencari sinar harapan daripada Covid-19, ia adalah penghargaan yang jauh lebih besar bagi seni dan permintaan terpendam bagi persembahan secara live."
- Encik Gaurav Kripalani, pengarah Pesta Seni Antarabangsa Singapura.




PESTA SENI ANTARABANGSA SINGAPURA 



Mana: Pelbagai wadah dalam talian.



Bila: 14 - 30 Mei; video atas permintaan (VOD) 5 - 12 Jun.



Harga: Tiket bermula daripada $8 bagi VOD, $10 untuk tiket barisan depan bagi pelajar dan $15 untuk program teater yang terpilih. Tiket dijual mulai 16 Mac.



Maklumat lanjut: Laman sifa.sg atau hubungi 6348-5555.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >