Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta seni PA papar tiga festival - teater, opera Cina dan pameran seni

PA
Jun 15, 2016 | 03:26 PM



PESTA seni tahunan Persatuan Rakyat (PA) akan menjadi hos tiga festival bertema berasingan buat kali pertama tahun ini, umum badan itu pada Rabu (15 Jun).



Pesta PAssionArts 2016 itu akan menampilkan festival teater, festival opera Cina dan pameran seni Hari Kebangsaan dalam usaha mewujudkan lebih banyak peluang bagi rakyat Singapura menyertai seni di peringkat masyarakat, kata Encik Nah Juay Hng, pengarah kumpulan PA bagi seni dan budaya.



Sorotan acara tersebut, yang dikongsi dalam satu taklimat media di ibu pejabat PA, termasuk persembahan teater oleh seorang pemandu teksi dan persembahan opera oleh pelakon opera berusia empat tahun, Goh Wee-Ann, bersama ibu dan neneknya.



Encik Alan Ho, seorang pemandu teksi berpengalaman lebih 30 tahun, berkata beliau teruja menjadi salah seorang daripada 25 pelakon dalam teater 'Teksi Sedia Berkhidmat! Kisah Pemandu Teksi.'.



"Pemandu teksi membentuk sebuah masyarakat yang sangat rapat, dan salah satu cerita berdasarkan kes sebenar di mana seorang rakan sekerja mengalami strok dan yang lain menjaganya.



"Adalah baik kami akan mendapat peluang memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan," kata pemandu teksi ComfortDelGro itu.



Pesta seni PA itu, yang bermula Sabtu ini (18 Jun) dan berlangsung hingga 30 Sept, dijangka menarik kira-kira 30,000 pengunjung tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >