Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Pesta seni PAssionArts anjur beraneka kegiatan mulai 30 Jun

Jun 25, 2018 | 05:30 AM



ORANG ramai berpeluang menikmati pelbagai kegiatan menarik sempena Pesta PAssionArts.



Pesta yang bakal diadakan pada 30 Jun hingga 25 Ogos itu dianjurkan oleh 88 Kelab Seni dan Kebudayaan Masyarakat (CACC) seluruh Singapura.



Kelab tersebut berada di bawah naungan Program PAssionArts Persatuan Rakyat (PA).



Buat julung-julung kalinya, panggilan terbuka peringkat kebangsaan dibuat agar orang ramai boleh mengirimkan idea bagi pesta itu. Lebih 100 cadangan diterima dan sekitar 50 daripadanya akan dilaksana.



Ini kali ketujuh pesta diadakan.



Sebanyak 52 Pesta Perkampungan akan diadakan di seluruh negara. Hampir 100 artis serta kumpulan seni terlibat.



Antaranya ialah Dato' Ramli Sarip, Cik Som Said dan Vertical Submarine.



Seramai 250,000 penduduk, peserta dan tetamu dijangka turut serta dalam pesta ini.



Pesta sembilan minggu ini juga bertujuan menjadi lebih inklusif berbanding tahun sebelumnya.



Ia juga mempamerkan lebih banyak inisiatif tempatan yang melibatkan 5,000 keluarga muda.



Selain itu, PAssionArts berharap melalui pesta ini, penduduk Singapura dari pelbagai masyarakat dapat mengeratkan silaturahim melalui kegiatan seni dan budaya.



Antara kegiatan yang boleh disertai orang ramai ialah menconteng atau doodle sampan, mewarnakan payung kecil dan mewarnakan Seni Papan Haiwan.



Tiga jenis haiwan dipilih bagi Seni Papan Haiwan itu.



"Singa dipilih bagi melambangkan cinta kepada Singapura, zirafah melambangkan seni sukarela.



"Memerang pula melambangkan satu keluarga mendalami kesenian bersama," kata Encik Patrick Sim, Pengarah Kelab Seni dan Budaya PA.



Antara CACC yang terlibat dalam Pesta PAssionArts ialah CACC Nanyang, Seletar dan Pasir Ris West.



Walaupun pesta ini hanya akan dilancarkan mulai 30 Jun, persiapannya telah mengambil masa agak lama.



Ada yang telah membuat persiapan dari April dan ada yang telah merancangnya sejak setahun yang lalu.



Pesta PAssionArts ini juga merupakan antara kegiatan sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-53 Ogos ini.



Orang ramai boleh ke pelbagai daerah di Singapura untuk turut serta.



Antara daerahnya ialah Wisma Geylang Serai, Toa Payoh Central, Bugis+ dan Pantai Pasir Ris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >