SEIRING dengan dwiabad Singapura, GetActive! Singapura 2019 akan meraikan warisan kesukanan negara bertemakan Pesta Sukan.
Pesta Sukan yang pertama dianjurkan oleh Kementerian Budaya ketika itu pada 1964.
Ia bertujuan menggalakkan sukan dan kesejahteraan serta interaksi dan persahabatan antara warga berbilang kaum dari latar belakang berbeza.
Empat acara istimewa tahun ini termasuk Round Island Bike Adventure, Adventure Race @ Sentosa, Stadium Run, dan Kayak Discovery @ Jurong Lake Gardens.
Di samping itu, orang ramai juga boleh berkongsi gambar semasa acara sukan yang tidak boleh dilupakan melalui Facebook atau Instagram dengan menggunakan #oursportingmemories dan #getactivesg.
Festival Pesta Sukan berakhir dengan sambutan ulang tahun ke-54 Singapura pada 9 Ogos nanti di OCBC Square semasa Fiesta Hari Kebangsaan Hab Sukan.