Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Taman SG dibuka semula

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS sepi selama empat tahun, Pesta Taman Singapura (SGF) dibuka kepada orang awam semalam (30 Julai) buat edisi kelapannya dengan pelbagai paparan dan pameran di dua lokasi baru sepanjang Orchard Road - ION Orchard dan Ngee Ann City.



Satu kenyataan Lembaga Taman Negara (Nparks) semalam menyatakan seni pemasangan bunga, bukan dalam wadah pertandingan oleh penggubah bunga tempatan yang pernah memenangi anugerah dan penyertaan Peraduan Pertunjukan Taman yang digemari ramai akan dipersembahkan.



Orang awam juga boleh menantikan segmen Kebun Bunga Singapura yang menawarkan bermacam paparan dan peraduan hasil usaha masyarakat.



Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Desmond Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab Tentang Perpaduan Khidmat Sosial merasmikan Pesta Taman Singapura ini dan menyampaikan anugerah bagi Peraduan Orkid.



Katanya: "Saya teruja melihat Pesta Taman Singapura kembali lagi selepas menyepi selama empat tahun dengan tanaman dan paparan landskap yang memenangi anugerah dan menunjukkan kededua selok-belok mengusahakan dan kesenian hortikultur.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada pekebun, peserta pertandingan dan pereka lanskap kerana berkongsi bakat dan visi mereka dengan kami, serta sukarelawan kerana masa dan usaha mereka dalam menjadikan pesta ini mampu diadakan.



"Kami berharap kembalinya pesta ini ke lokasi baru di Orchard Road dan Kebun Bunga Singapura akan mendekatkan pesta ini dengan masyarakat," katanya.



Orang awam boleh mengunjungi Kebun Bunga Singapura bagi meninjau 500 penyertaan bagi Peraduan Orkid yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Orkid Asia Tenggara (OSSEA) di Taman Orkid Kebangsaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >