Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peta tindakan baru bagi agensi tingkat sokongan kepada golongan pengasuh

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



PETA tindakan baru akan menjadi asas kepada pertubuhan dan agensi dalam usaha memperbaiki kehidupan para pengasuh yang menjaga golongan kurang upaya di masa depan.



Peta Tindakan Pengasuh yang dilancarkan kelmarin merupakan satu garis panduan bagi agensi perkhidmatan sosial dan pertubuhan yang berusaha untuk menawarkan atau meningkatkan sokongan bagi pengasuh kepada mereka yang kurang upaya.



Disokong oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) dan SG Enable, peta itu direka oleh Gabungan Rakan Kongsi untuk Sokongan Pengasuh - kumpulan yang terdiri daripada 25 rakan masyarakat, agensi perkhidmatan sosial dan hospital yang telah bergabung pada 2018.



Tiga perkara utama peta itu adalah memberikan khidmat yang mementingkan pengguna; usaha bantu diri dan sokongan mutual; serta rangkuman masyarakat dan sosial, menurut akhbar The Straits Times (ST).



Ia menawarkan lebih daripada 60 idea berbeza dan agensi boleh membuat inisiatif baru untuk menangani keperluan pengasuh dengan lebih baik.



Contohnya, Minds, sebuah badan amal yang menyokong mereka yang kurang upaya secara intelektual dan keluarga mereka, sedang menjalani percubaan kit dalam talian yang bertujuan untuk membantu perbincangan mengenai penjagaan dalam masa akan datang.



Ketua perkhidmatan sokongan pengasuh di Minds, Cik Ong Lay Hoon, berkata antara isu yang diketengahkan semasa perbincangan gabungan ini adalah bahawa ramai pengasuh agak khuatir tentang masa hadapan anak mereka apabila mereka meninggal nanti dan tidak tahu bagaimana untuk merancang untuk keadaan seperti itu.



"Kami merancang untuk menjalani percubaan untuk program ini dan menjangkau sekitar 300 pengasuh menjelang akhir tahun ini," kata Cik Ong.



Cik Prema Govindan, pengarah sokongan pengasuh di SG Enable, berkata daripada pendekatan kerap agensi itu bersama pengasuh, tema yang sering diperbincangkan adalah keperluan mendapatkan sokongan rakan serta memahami secara lebih baik mengenai pelbagai perkhidmatan dan sokongan yang ditawarkan dalam masyarakat.



"Pengasuh bagi mereka yang kurang upaya amat prihatin mengenai menjaga orang mereka tersayang, namun mereka sering lupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan berehat secukupnya," katanya.



SG Enable selalu berunding bersama kira-kira 50 pemimpin kumpulan sokongan pengasuh, yang masing-masing menjaga 10 hingga 50 pengasuh yang lain. Agensi itu juga mempunyai pangkalan data 1,000 penjaga yang boleh dihubungi.



Cik Prema menambah: "Kami berharap dapat terus memperbarui peta ini apabila keperluan pengasuh berubah.



"Kami juga berharap mempunyai lebih maklumat mengenai apa yang kami dapat lakukan dengan baik, bidang yang ingin kami memberi tumpuan serta keprihatinan baru yang mungkin muncul."



Bagi Encik Anand Lal, 51 tahun, kumpulan sokongan pengasuh yang beliau sertai telah banyak membantunya. Anak sulungnya, Krish, 14 tahun, mempunyai kecacatan intelektual dan apraxia - iaitu gangguan neurologi yang boleh menjejas pertuturan.



Bapa dan anak berkomunikasi melalui aplikasi di iPad.



Encik Anand berhenti dari pekerjaannya sebagai pengurus projek lima tahun lalu untuk menjaga Krish sepenuh masa. Beliau kini merupakan seorang jurulatih renang.



"Kumpulan sokongan ini membantu saya mendapatkan maklumat yang saya perlukan.



"Contohnya, baru-baru ini saya sangat bimbang Krish mendapat suntikan vaksin Covid-19. Doktor yang berada dalam perbincangan masyarakat menasihati saya dan beberapa daripada mereka mengundang saya minum kopi untuk menerangkan lebih lanjut.



"Setiap kali saya menghantar mesej dalam kumpulan sembang itu, saya dapat pelbagai maklumat dan nasihat atau dirujuk kepada bantuan lain, jadi saya rasa ia sangat membantu," kata Encik Anand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >