Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Petik, rakam video dalam skirt pelajar, bekas pensyarah ITE dijel 4 bulan

Sep 06, 2022 | 08:00 PM



SEORANG pensyarah yang telah merakam video dan memetik gambar ‘upskirt’ atau dalam skirt pelajar wanita di Institut Pengajian Teknikal (ITE) Kolej Timur di Simei telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan setelah dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghina kehormatan seorang wanita dan satu tuduhan cuba melakukan kesalahan itu.


Dia tidak lagi bertugas di ITE tersebut. Tiga pertuduhan lain dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Darren Quek Sze-Wen, 48 tahun, yang menyasarkan sekurang-kurangnya lima mangsa, mengaku melakukan kesalahan itu dalam tempoh empat hingga lima bulan.


Selepas dia ditahan, telefon bimbitnya didapati mengandungi sekurang-kurangnya 133 gambar dan video ‘upskirt’.


Pada Selasa (6 Sep), Timbalan Pendakwa Raya, Cik Phoebe Tan, meminta Quek dikenakan penjara antara empat dengan  enam bulan, sambil menegaskan dia telah menyalahgunakan amanah dan kuasanya sebagai seorang pensyarah.


Bagi setiap tuduhan menghina kehormatan seorang wanita, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun dan denda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >