Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Petik, rakam video dalam skirt pelajar, bekas pensyarah ITE dijel 4 bulan

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pensyarah yang telah merakam video dan memetik gambar 'upskirt' atau dalam skirt pelajar wanita di Institut Pengajian Teknikal (ITE) Kolej Timur di Simei telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan setelah dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghina kehormatan seorang wanita dan satu pertuduhan cuba melakukan kesalahan itu.



Dia tidak lagi bertugas di ITE tersebut. Tiga pertuduhan lain dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.



Darren Quek Sze-Wen, 48 tahun, yang menyasarkan sekurang-kurangnya lima mangsa, mengaku melakukan kesalahan itu dalam tempoh empat hingga lima bulan.



Selepas dia ditahan, telefon bimbitnya didapati mengandungi sekurang-kurangnya 133 gambar dan video 'upskirt'.



Quek berada di kampus pada 25 Oktober 2019, apabila dia melihat seorang pelajar memakai skirt ketat.



Dia berjalan ke arahnya, menghidupkan kamera telefon bimbitnya, dan cuba mengambil gambar dan video.



Namun percubaannya gagal apabila pelajar itu menangkapnya berbuat demikian. Pelajar berikut segera menghantar mesej kepada kakaknya, yang memaklumkan kepada polis.



Siasatan mendedahkan bahawa ketika melakukan kesalahannya, Quek akan mencari pelajar perempuan yang memakai skirt pendek atau mereka yang "duduk dengan cara tidak betul".



Selepas itu, dia akan mengeluarkan telefon bimbitnya dan berjalan ke arah mereka untuk menangkap video dan gambar 'upskirt'.



Dengan menggunakan kaedah ini, dia berjaya mengambil gambar 'upskirt' dan rakaman video paha dalaman wanita yang tidak dikenali di kampus pada 5 Jun 2019.



Dia terus melakukan kesalahan yang sama, juga di kampus, pada bulan berikutnya.



Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Cik Phoebe Tan, meminta Quek dikenakan penjara antara empat dan enam bulan, sambil menegaskan dia telah menyalahgunakan amanah dan kuasanya sebagai seorang pensyarah.



Bagi setiap pertuduhan menghina kehormatan seorang wanita, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >