Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Jauhari Berita Harian 2018

Petinju Muhamad Ridhwan Ahmad Jauhari Harapan 2018

Oct 31, 2018 | 08:40 PM



Juara tinju profesional pertama Singapura Encik Muhamad Ridhwan Ahmad kini bergelar Jauhari Harapan Berita Harian 2018.



Anugerah itu diberikan kepada belia Melayu Islam yang telah menunjukkan potensi untuk mencapai kejayaan lebih tinggi dan supaya menjadi sumber inspirasi kepada beliau lain.



Encik Ridhwan, 30 tahun,  berpengalaman lebih sedekad dalam sukan ini dan melangkah ke gelanggang profesional pada 2016. Beliau mempunyai rekod 11 kemenangan (8 KO) dan satu kekalahan setakat ini. Tahun lalu, Encik Ridhwan memenangi tiga gelaran profil tinggi, termasuk gelaran juara intercontinental Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) (super featherweight).



Bercakap kepada wartawan di sidang media sebelum menerima anugerah itu, Encik Ridhwan berkata beliau menerima Anugerah Jauhari itu sebagai satu pengiktirafan usaha gigih penggiat tinju di Singapura selama ini.



“Semua pencapaian saya, termasuk menerima anugerah ini, sebenarnya adalah milik semua penyokong, jurulatih dan petinju lain yang bekerja keras untuk menaikkan lagi nama sukan ini di Singapura,” kata Encik Ridhwan.



Anugerah Jauhari Harapan disampaikan oleh Courts Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >