Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Petisyen minta IMDA kuatkuasa prapendaftaran ID penghantar SMS

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 1,200 orang telah menandatangani petisyen dalam talian meminta Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menguatkuasakan prapendaftaran pengenalan (ID) bagi penghantar SMS menyusuli insiden penipuan pancingan SMS baru-baru ini.



Seramai 470 pelanggan hilang sekitar $8.5 juta dalam kes penipuan pancingan SMS yang melibatkan Bankn OCBC.



Ini berlaku selepas pelanggan bank tersebut menerima SMS yang kononnya dihantar oleh bank tersebut. SMS tersebut menyatakan bahawa terdapat isu dengan akaun bank mereka.



Mangsa kemudian menekan pautan yang serupa dengan laman OCBC - tetapi sebenarnya merupakan laman penipuan - di mana mereka diminta meletakkan butiran akaun bank dalam talian.



Sementara kebanyakan bank menggunakan teknologi menyembunyikan nombor, penipu dalam insiden pancingan SMS OCBC berjaya menggantikan nombor telefon dengan ID penghantar 'OCBC' yang dibentuk dari nombor dan huruf.



SMS palsu itu juga kelihatan boleh dipercayai kerana ia muncul dalam ruang yang sama seperti SMS rasmi lain dari bank tersebut.



Buat masa kini, kebanyakan negara termasuk Singapura tidak menguatkuasakan prapendaftaran pengenalan (ID) bagi penghantar SMS.



Namun, beberapa negara termasuk Hong Kong, Armenia, dan Qatar menguatkuasakan langkah tersebut.



Petisyen dalam talian yang dimulakan Captain Sinkie di Change.org menekankan bahawa penipu boleh menyalahgunakan ketiadaan langkah prapendaftaran pengenalan itu t di Singapura.



Ia menggesa IMDA untuk mempertimbangkan penguatkuasaan syarat tersebut.



Dalam kenyataannya kepada akhbar The Business Times, UOB berkata ia merupakan antara bank pertama yang menyertai program perintis perlindungan ID bagi penghantar SMS pada September 2021.



Ketua pegawai kumpulan maklumat keselamatan UOB, Encik Tobias Gondrom, berkata: "Dengan kemungkinan penipu meniru nama penghantar SMS dalam infrastruktur telekomunikasi masa kini, kami melihat program perintis ini sebagai langkah positif ke arah mengelakkan insiden eksploitasi pengguna oleh penipu."



Sejak itu, IMDA telah menggesa lebih banyak perniagaan dan bank untuk mengambil bahagian dalam program perintis pemerintah yang telah ditubuhkan dengan kerjasama Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Langkah tersebut membolehkan pertubuhan mendaftarkan ID penghantar SMS yang ingin dilindungi.



Di bawah program perintis perlindungan ID Penghantar SMS Singapura dimulakan Ogos tahun lalu itu, mesej tidak akan dipaparkan jika terdapat penggunaan ID penghantar SMS yang dilindungi, menurut kenyataan IMDA kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >