Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Petisyen minta IMDA kuatkuasa prapendaftaran identiti pengirim SMS susuli kes tipu pancing data OCBC

Jan 17, 2022 | 07:52 PM



LEBIH 800 orang telah menandatangani petisyen dalam talian menggesa Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) agar menguatkuasakan prapendaftaran bagi ID (identiti) pengirim SMS di kala kes penipuan pemancingan data bank menerusi SMS dilaporkan di Singapura.



Hampir 470 pelanggan kehilangan sekurang-kurangnya $8.5 juta dalam kes penipuan pemancingan data melibatkan OCBC Bank bulan lalu.



Ini berlaku ketika pelanggan bank menerima SMS yang kononnya datang daripada bank mereka yang mendakwa terdapat isu pada akaun bank mereka. Mangsa kemudian klik pada pautan yang menyerupai laman OCBC tetapi sebenarnya dibangunkan kumpulan penipu dan diminta menyertakan butiran logmasuk pada akaun perbankan Internet mereka.



Petisyen dalam talian yang dimulakan oleh pengguna Captain Sinkie di laman Change.org menunjukkan bahawa penipu boleh dengan mudah menyalahgunakan ketiadaan ketetapan prapendaftaran identiti pengirim SMS di Singapura. Ia memohon kepada IMDA agar mempertimbangkan mengenalkan ketetapan sebegini.



Sedang kebanyakan bank menggunakan teknologi menutupi nombor SMS, di dalam kes penipuan pemancingan data OCBC ini, si penipu dapat menggantikan nombor telefon dengan pengepala palsu angka abjad atau identiti pengirim, yang merupakan nama OCBC.



SMS palsu ini juga nampak meyakinkan kerana ia muncul dalam rangkaian pesanan yang sama dengan pesanan rasmi OCBC sebelum ini.



Buat masa ini, kebanyakan negara termasuk Singapura tidak mewajibkan prapendaftaran untuk mengirim pesanan SMS dengan identiti pengirim. Bagaimanapun, beberapa negara seperti Hong Kong, Armenia dan Qatar memerlukan prapendaftaran untuk mengirim pesanan dengan identiti angka abjad pengirim.



 Sejak itu, IMDA telah menggesa lebih banyak perniagaan dan bank agar melibatkan diri dalam program perintis pemerintah yang dibentuk dengan kerjasama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang membolehkan pertubuhan mendaftar pengepala identiti pengirim SMS yang mereka ingin lindungi.



Di bawah inisiatif pengasas pendaftar pelindungan identiti pengirim SMS yang dibentuk pada Ogos 2021, pesanan akan dihalang apabila terdapat penggunaan tidak sah identiti pengirim SMS yang dilindungi, kata IMDA pada 17 Januari, menjawab surat forum yang dikirim anggota awam yang menggesa agar syarikat telekomunikasi berada di barisan depan pertahanan menentang trafik palsu.



"Kejayaan langkah ini, bagaimanapun, memerlukan perniagaan dan pertubuhan seperti bank untuk ikut serta dalam inisiatif perintis yang memerlukan usaha mendaftar identiti pengirim SMS yang mereka ingin lindungi dan memilih pengantara SMS yang dibolehkan mengirim SMS bagi pihak bank," kata IMDA.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >