Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Petua sedia yang lazat, mudah

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT pelbagai jenis bubur - dari pencuci mulut seperti Bubur Caca, Bubur Kacang, hingga ke bubur tidak manis seperti Bubur Ayam dan Bubur Asyura.



Bubur merupakan sajian yang unik kerana ia dimakan oleh semua peringkat umur dan sewaktu sihat mahupun waktu sakit.



"Ia makanan pertama ketika kita bayi. Apabila kita sudah berusia senja, kita juga makan ia sebagai makanan utama, lebih-lebih lagi warga tua yang tiada gigi atau susah hadam makanan berat," kata cef selebriti, Cef Siti Mastura Alwi, ketika dihubungi Berita Harian baru-baru ini.



Menyentuh mengapa bubur menjadi salah satu hidangan yang kerap diagihkan kepada ramai orang sewaktu bulan Ramadan, Cef Siti Mastura berkongsi bahawa ia makanan yang amat ringan tetapi pada masa yang sama mengenyangkan perut.



"Jika dimakan sewaktu sahur, ia boleh membuat kita rasa kenyang tapi ringan dan tak mengantuk.



"Jika dimakan semasa berbuka puasa, ia akan membantu penghadaman kita, membuat kita kenyang tanpa diri kita rasa berat atau mengantuk. Kita juga bertenaga untuk solat tarawih sesudah itu," tambahnya.



Cef Siti Mastura berkata bubur memakan masa yang lama untuk dihidang, tetapi sudah pasti terasa nikmat dan keenakannya berkat kesabaran dalam menyediakannya.



Berkongsi tip, beliau berkata apabila memasak bubur lemak atau bubur sebagai hidangan utama, lebih baik untuk menggunakan beras China kerana ia lebih cepat masak.



Jika ingin masak Bubur Pulut Hitam yang memakan masa agak lama, lebih baik untuk menggunakan alat periuk tekanan untuk mempercepatkan masa menyediakannya. Walaupun hidangannya mudah, ia istimewa, kata Cef Siti Mastura.



Selain mengenyangkan, ia memberi tenaga, bantu dalam penghadaman dan berkhasiat jika menggunakan bahan seperti daging, sayur, kekacang dan sebagainya.



"Ia muai jika dimasak! Murah sekali kerana segenggam atau lebih beras boleh memberi makan kepada ramai orang," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >