Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pfizer nanti kebenaran vaksin diguna bagi golongan muda 12 tahun ke atas

May 16, 2021 | 09:49 PM

PFIZER sedang menanti kebenaran bagi vaksin Covid-19 yang dikeluarkannya digunakan buat golongan muda berusia 12 tahun ke atas, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing pada Ahad (16 Mei). 

Beliau menambah kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi rancangan memberi vaksinasi kepada kumpulan ini apabila vaksin itu tersedia dan diberi lampu hijau.

Vaksin Pfizer-BioNTech buat masa ini dibenarkan bagi kegunaan mereka yang berusia 16 tahun ke atas dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menilai sama ada ia selaamat dan berkesan bagi mereka yang berusia antara 12 dengan 15 tahun.

Encik Chan yang ditanya media mengenai bila vaksin buat golongan muda itu diluluskan dalam sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian pada Ahad (16 Mei) berkata ia akan dilaksanakan apabila lebih banyak keterangan tersedia.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pula berkata:

"Bukannya vaksin ini tidak selamat bagi kanak-kanak kecil. Sebaliknya, vaksin ini tidak diluluskan dalam kumpulan kanak-kanak dan remaja antara usia 12 dengan 15 kerana ujian klinikal awal tidak melibatkan jumlah anak muda secukupnya daripada kohort ini."

Sejak akhir-akhir ini, Pfizer telah menjalankan ujian tambahan ke atas kumpulan ini. Minggu lalu pula, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat memperluas pengesahan penggunaan darurat vaksin Pfizer, membolehkannya digunakan ke atas golongan muda antara usia 12 dengan 15 tahun. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3