Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

The Physio Circle tampil jadi penaja baru Hougang United

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



HOUGANG United telah mendapatkan penaja baru bagi musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2022.



Kelab yang digelar The Cheetahs itu telah menandatangani kontrak tajaan bersama syarikat fisioterapi, The Physio Circle, bagi musim yang bakal berlangsung pada Februari nanti.



Hougang akan dapat tajaan bernilai lebih dari $100,000 setahun dari syarikat tempatan itu.



Kontrak tajaan itu telah diikat selama tiga tahun. Nama syarikat itu juga akan dipaparkan di jersi Hougang United sebagai penaja utama sepanjang kontrak itu.



Pengurus besar kelab Matthew Tay berkata pemain-pemain kelab itu akan dapat manfaat baik dari usaha kerjasama baru ini.



"Mereka adalah pakar dalam industri fisioterapi dan pemain kami akan dijaga dengan baik supaya mereka dapat kembali ke padang dalam masa yang secepat mungkin," ujar beliau.



Tay juga gembira dengan tajaan baru ini di mana kedua-dua pihak mempunyai niat sama untuk "mempromosikan bola sepak tempatan".



Hougang United telah menunjukkan kesungguhan yang baik di SPL musim lalu apabila kelab itu mengakhiri kempen di kedudukan tempat ketiga SPL, sekali gus melayakkan diri ke Piala AFC musim depan.



Mereka juga sapu dua daripada tiga Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2021 bulan lalu di mana penyerang asal Jepun, Tomoyuki Doi, dinobat Pemain Terbaik musim ke-26 liga manakala jurulatih Clement Teo, menjadi jurulatih tempatan pertama dalam 12 tahun - sejak bekas jurulatih SAFFC Richard Bok pada 2009 - untuk menerima Anugerah Jurulatih Terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >