BEBERAPA pusat makanan dan minuman tempatan sedia melanjutkan waktu operasi semata-mata mahu melayani peminat yang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Restoran Spize@Bedok selalunya tutup sekitar 4 pagi, namun sempena Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia tahun ini, restoran itu akan dibuka hingga perlawanan tamat.