Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piala Sultan Selangor: Pemain mapan dan baru sama ghairah beraksi

May 05, 2017 | 08:02 PM



INI merupakan kali pertama beliau menyertai perlawanan piala bersejarah Sultan Selangor selepas meninggalkan Liga S pada 2010.



Namun, perasaan debar, teruja serta terharu untuk mewakili Singapura tetap sama, kongsi pemain Pasukan Pilihan Singapura Shahril Ishak semasa ditemui di sesi latihan semalam.



"Sudah tentunya berasa terharu dan gembira dipilih lagi untuk mewakili Singapura dalam perlawanan ini.



"Ia sememangnya peluang yang baik bagi semua pemain untuk diberi kesempatan untuk melibatkan diri dalam piala yang berprestij ini," katanya.



Tambah beliau lagi, apabila orang ramai mendengar tentang perlawanan Singapura dan Malaysia, mereka sering menganggapnya sebagai perlawanan yang sengit disebabkan daya saing kededua pasukan itu.



Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional di Hab Sukan Singapura itu dijangka sengit, namun Shahril percaya dorongan yang diberikan penyokong tempatan dapat membantu menaikkan semangat pemain.



"Perlawanan yang diadakan di tanah sendiri dapat menaikkan semangat juang pemain.



"Apabila kami keluar ke padang dan melihat begitu ramai penyokong yang hadir, ia mendorong kami untuk memberikan persembahan yang 110 peratus dari kami," katanya.



Selain pemain berpengalaman, pasukan tersebut juga terdiri daripada pemain muda yang belum pernah terlibat dalam perlawanan gah dan berprestij seperti itu.



Bakat baru, Ho Wei Loon, 24 tahun, berkata bahawa beliau begitu teruja apabila mendapat tahu dirinya terpilih untuk mengambil bahagian dalam perlawanan itu.



"Piala Sultan Selangor ini merupakan piala yang bersejarah dan penting bagi semua pemain, dan saya terharu dipilih.



"Memang perasaan gementar itu ada, terutama sekali untuk beraksi di hadapan sekitar 30,000 penonton," katanya.



Namun, Ho percaya pasukannya dapat memberikan persembahan yang baik.



"Beberapa pemain yang berpengalaman tahu apa yang boleh dijangkakan dari pasukan lawan, dan untuk itu saya percaya kita akan bersaing dengan hebat," katanya.



Perlawanan Piala Sultan Selangor akan berlangsung esok 8 malam di Stadium Negara, Hab Sukan Singapura.



Tiket boleh didapatkan di www.sportshubtix.com, SportsHub Box Office, cawangan SingPost dan hotline Sports Hub +65-3158-7888).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >