Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piawaian baru simpan dan angkut makanan beku di S'pura rangsang ekosistem rantaian sejuk

Oct 01, 2021 | 05:12 PM



PIAWAIAN baru bagi menyimpan dan mengangkut makanan sejuk dan beku telah dilancarkan hari ini, kata Majlis Piawaian Singapura (SSC).


Piawaian itu akan mengukuhkan ekosistem rantaian sejuk Singapura dengan meningkatkan pengurusan makanan sejuk dan beku, yang merangkumi telur, sayur-sayuran, daging dan makanan yang dibungkus terlebih dahulu.


Ini sedang pasar raya menyaksikan peningkatan 20 peratus bagi permintaan makanan beku, memandangkan warga Singapura terus duduk di rumah di tengah-tengah pandemik Covid-19.


Diselia oleh Enterprise Singapore, Pertubuhan Pembangunan Piawaian-Persekutuan Pengilangan Singapura dan Agensi Makanan Singapura, piawaian itu akan memastikan pengguna menerima produk yang selamat, segar dan bermutu.


Siri piawaian baru itu, yang dipanggil SS 668: 2020 - Pengurusan rantaian sejuk makanan sejuk dan beku, akan menetapkan matlamat organisasi, dasar-dasar dan keperluan teknikal yang penting bagi proses pengurusan rantaian sejuk untuk produk makanan, kata SSC.


Perniagaan yang menggunakan piawaian itu perlu memantau profil suhu-waktu di sepanjang rantaian sejuk, yang bermula dari tempat pemprosesan kepada pengangkutan ke gudang dan peti sejuk di kedai runcit.


Ini membantu perniagaan menguruskan risiko kerosakan makanan dengan lebih baik dan menjana penjimatan kos dalam jangka masa panjang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >