Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piawaian kebersihan baru dijangka lulus di parlimen Oktober

Sep 19, 2020 | 03:16 PM



PERUBAHAN kepada undang-undang mengenai piawaian pembersihan dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan untuk membantu negara menangani Covid-19 dan risiko kesihatan lain, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu hari ini. 



Beliau berkata pindaan terhadap Akta itu adalah sebahagian usaha memperkukuh daya tahan kesihatan awam sekitaran Singapura menghadapi pandemik dan denggi kini, serta ancaman kesihatan awam masa depan.



Perubahan kepada Akta itu termasuk melaksanakan piawaian pembersihan wajib, seperti rejim yang menyatakan kekerapan pembersihan rutin dan pembersihan mendalam bagi penyahjangkitan.



Kawalan sanitasi persekitaran juga akan dipertingkat dan kebertanggungjawapan akan diperlukan bagi pemilik premis.



Perubahan yang disarankan itu diumumkan lebih awal tahun ini apabila Singapura berada dalam tahap awal perjuangannya menentang Covid-19.



Peraturan baru akan dilaksanakan secara bertahap-tahap mulai tahun depan, bermula dengan sektor berisiko lebih tinggi dengan lebih ramai orang, dan ruang yang mempunyai pengguna mudah terjejas seperti pusat penjagaan kanak-kanak, kata Cik Fu, yang berucap di pelancaran maya kempen Keep Clean, Singapore (KCS) oleh Majlis Kebersihan Awam (PHC).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >