Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Piawaian lebih tinggi bagi asrama baru pekerja migran

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



ASRAMA pekerja migran baru akan dibangunkan berdasarkan piawaian yang dipertingkat seperti had 12 penghuni dalam satu bilik dan pembahagian kemudahan yang dikongsi kepada hingga 120 penghuni dalam setiap bahagian.



Piawaian lebih ketat yang diumumkan semalam itu bertujuan mengukuhkan daya tahan terhadap pandemik akan datang dan meningkatkan daya huni pekerja migran.



Ini menyusuli semakan satu tahun ke atas piawaian asrama sedia ada, dan skim perintis di mana piawaian hidup baru diuji di dormitori dibina segera (QBD).



Piawaian lebih ketat ini perlu dipatuhi semua asrama baru termasuk dormitori dibina khas (PBD), kilang yang diubah menjadi dormitori (FCD), kuarters binaan sementara (CTQ) dan kuarters kediaman sementara (TOLQ).



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkata, mereka telah memperhalusi piawaian itu berdasarkan maklum balas, pengalaman dengan QBD dan pengurusan penularan Covid-19 di asrama.



Keadaan hidup pekerja migran mendapat perhatian selepas penularan jangkitan Covid-19 besar-besaran tahun lalu.



"Pandemik Covid-19 telah menekankan pentingnya mengukuhkan daya tahan asrama pekerja migran kita. Asrama direka untuk kehidupan bersama dan ini membuatkannya lebih terdedah kepada penyakit berjangkit yang menular.



"Oleh itu, sedang piawaian perumahan bagi pekerja migran telah menunjukkan kemajuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat kepada bahagian di mana kita boleh meningkatkan piawaian ini untuk mengukuhkan daya tahan asrama kita," kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, kepada media semalam.



Piawaian yang dipertingkat itu akan mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit di asrama dengan mengurangkan percampuran antara penghuni.



Ini dilakukan dengan meletakkan had 12 penghuni dalam satu bilik berbanding tiada had sekarang ini, dan membahagikan kemudahan yang dikongsi seperti ruang memasak dan membataskan tempat makan kepada 120 penghuni dalam satu bahagian berbanding tiada pembahagian buat masa ini.



Pengalihan udara dalam tandas dan bilik asrama juga akan dipertingkat bagi mengurangkan pengumpulan virus dalam ruang tertutup.



Piawaian yang dipertingkat itu juga bertujuan memudahkan pengesanan awal dan pengmigranan penghuni tidak sihat dengan cepat.



Penghuni juga akan mempunyai bilik yang lebih lapang, dengan ruang pergerakan sekurang-kurangnya 4.2 meter persegi bagi setiap penghuni, dan dilengkapi Wi-Fi bagi memudahkan mereka berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.



Piawaian baru itu akan dipatuhi dua PBD baru di Kranji dan Jalan Tukang yang akan dilancarkan pemerintah tahun depan.



Asrama dengan sekurang-kurangnya 12,500 katil itu dijangka siap dalam masa tiga tahun akan datang dan bertujuan memastikan terdapat perumahan mencukupi bagi pekerja migran serta menyokong usaha mengurangkan kepadatan di dormitori sedia ada.



Pemerintah akan membina dan memiliki asrama itu, manakala pengendali asrama akan menguruskan operasi harian.



Peningkatan yang boleh dibuat ke atas asrama sedia ada pula sedang disemak dan butiran lanjut akan diumumkan kelak.



Pusat Pekerja Migran (MWC) dalam satu kiriman Facebook semalam berkata, ia mengalu-alukan perubahan ke atas piawaian itu dan akan terus memantau keadaan serta mendapatkan maklum balas daripada pekerja migran bagi semakan berterusan ke atas piawaian di tengah-tengah keadaan pandemik yang berubah-ubah.



"Kita memerlukan sedikit masa untuk semua pengendali asrama mematuhinya, tetapi walaupun begitu, kami kini tahu piawaian yang dipertingkat akan menjadi kenyataan," katanya.




PIAWAIAN YANG DIPERTINGKAT BAGI DORMITORI PEKERJA MIGRAN BARU



  • Had 12 penghuni dalam satu bilik, dengan jarak lebih satu meter antara katil, dan katil dua tingkat dibenarkan. Tiada had diletakkan buat masa ini.

  • Pembahagian kemudahan yang dikongsi seperti ruang masak dan makan kepada had 120 penghuni dalam satu seksyen. Tiada pembahagian buat masa ini.

  • 1 set kemudahan tandas disediakan dalam bilik untuk dikongsi 6 penghuni. Buat masa ini, sekitar 15 penghuni menggunakan kemudahan tandas dalam bilik atau di ruang yang dikongsi.

  • Ruang hidup yang tidak termasuk kemudahan hidup yang dikongsi naik daripada 3.5 meter persegi kepada 4.2 meter persegi bagi setiap penghuni.

  • Wi-Fi untuk penghuni disediakan di ruang awam dan bilik, berbanding hanya ruang awam buat masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >