Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pihak berkuasa sedang siasat, semak CCTV perhimpunan di Clarke Quay

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



PERBUATAN seperti berkumpul beramai-ramai untuk menyambut tahun baru "tidak boleh diterima" lebih-lebih lagi sedang Singapura masih bergelut dengan pandemik Covid19.



Demikian ditekankan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam sewaktu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) yang diadakan secara maya.



Merujuk kepada perhimpunan menyambut ketibaan Tahun Baru di Clarke Quay yang melanggar peraturan pengurusan selamat, Encik Wong berkata pihak berkuasa sedang meneruskan siasatan dan menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti mereka yang terbabit.



Beliau menambah bahawa pelaku akan dipanggil untuk ditemu ramah dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan.



Menyifatkan perhimpunan besar-besaran seperti yang di Clarke Quay sebagai berpotensi menjadi perebak utama (super-spreader), Encik Wong berkata:



"Saya boleh faham mengapa orang ramai ingin meraikan tahun baru, tetapi perbuatan seperti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila kita masih di tengah-tengah pandemik."



Acara yang dipercayai melibatkan ratusan orang berpesta secara spontan sambil menghitung detik menyambut ketibaan 2022 telah dirakam.



Mereka dilihat bersorak dan menyanyi, dengan ramai di antara mereka tidak memakai pelitup.



"Siasatan kami menunjukkan ia bukan acara yang dianjurkan.



"Apa yang terjadi adalah orang ramai mula berkumpul bersama, mereka menjadi terlalu asyik dan setelah itu kita mempunyai kumpulan lebih daripada 100 orang di lokasi tersebut, dengan ramai yang melanggar peraturan - tiada langkah pengurusan selamat, tiada jarak selamat - dan jelasnya ia acara yang berpotensi menjadi perebak utama," ujarnya.



Encik Wong akur ia agak meletihkan dan membosankan berdepan dengan peraturan sedang negara menangani Covid-19 selama dua tahun, namun semua orang di Singapura kebanyakan masanya bertindak balas kepada krisis ini dengan perpaduan dan daya tahan.



"Jika kita terus kekal berdisiplin dan mematuhi semua langkah pengurusan selamat, kemudian kita akan mempunyai peluang lebih besar untuk mengharungi gelombang akan datang tanpa perlu mengetatkan (langkah) lanjut," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >