Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pihak berkuasa tolak anggaran 100,000 maut dek jerebu

Sep 20, 2016 | 09:12 AM



JAKARTA: Pihak berkuasa kesihatan menolak dapatan satu kajian yang diketuai Amerika Syarikat, yang menganggarkan kira-kira 100,000 orang di Indonesia, Malaysia dan Singapura mati sebeum masanya akibat penyakit kardiovaskular dan pernafasan yang ada kaitan dengan krisis jerebu rekod tahun lalu.



Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura berkata kajian oleh Universiti Harvard dan Universiti Columbia itu, yang disiarkan pada Isnin (19 Sep) dalam jurnal Environmental Research Letters, "tidak mencerminkan keadaan sebenar".



MOH berkata sebagai respons kepada pertanyaan media: "Kajian itu cuba menganggarkan bilangan orang yang mati sebelum masanya akibat jerebu.



"Kajian pemodelan seperti itu berdasarkan pelbagai andaian. Kesahihan andaian itu sangat mempengaruhi ketepatan anggaran. Kita perhatikan kajian pemodelan itu tidak mengambil kira langkah-langkah kawalan yang dilaksana oleh negara terjejas oleh jerebu.



"Oleh itu, ia tidak mencerminkan keadaan sebenar. Kadar kematian yang diselaraskan dengan umur di Singapura tidak lebih tinggi pada 2015, berbanding tahun 2010 hingga 2014."



Kajian itu menganggarkan 100,300 "kematian lebihan" daripada jerebu antara Julai dan Oktober tahun lalu - 2,200 di Singapura, 91,600 di Indonesia dan 6,500 di Malaysia.



Kajian itu terhad pada kematian sebelum masanya dalam kalangan orang dewasa akibat menghidu zarah sangat halus di udara, dikenali sebagai PM2.5.



Dr Jim Teo, seorang doktor pernafasan di Hospital Mt Alvernia di Singapura, berkata anggaran itu "mungkin" kerana ramai pesakit terdedah, terutamanya yang mempunyai hati dan paru-paru kronik, mempunyai gejala lebih serius semasa jerebu.



Bagaimana, pakar lain di Singapura berkata walaupun pendedahan kepada tahap tinggi PM2.5 boleh membawa kepada penyakit dan kematian awal, angka dalam kajian itu tidak mencerminkan apa yang berlaku, lapor akhbar The Straits Times.



Dr Ong Kian Chung, seorang pakar pernafasan di Hospital Mount Elizabeth, berkata data itu "pasti berguna kerana maklumat yang ada sekarang kurang, terutamanya bagi rantau ini", tetapi beliau berasa angka bagi Singapura mungkin "terlalu tinggi" berdasarkan pengalamannya, dan juga rakan-rakannya di Singapura tahun lalu.



"Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pesakit mereka dalam tempoh jerebu tahun lalu mungkin serius tetapi tidak mengancam nyawa," katanya.



Dapatan itu jauh melebihi kiraan rasmi kematian 19 orang di Indonesia. Ketua pengarah pencegahan bagi kawalan penyakit Kementerian Kesihatan, Encik Mohamad Subuh, berkata: "Saya tidak pasti angka itu menggambarkan keadaan sebenar. Jika ia hanya kiraan statistik, saya tidak fikir wajar untuk membuat kesimpulan jumlah kematian yang besar itu."



Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr S. Jeyaindran, berkata "tiada kematian tahun lepas yang secara langsung berkaitan dengan jerebu", lapor akhbar The Star Malaysia.



Encik Yuyun Indradi, daripada Greenpeace Indonesia, berkata jumlah itu "membimbangkan tetapi tidak menghairankan" dan menggesa pemerintah menghentikan kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >