Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan penuh idea dan berani tampil menyumbang

Penganalisis Google pikat belia giat ceburi industri teknologi

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



Meski sibuk dengan jadual dan komitmen keluarga, bilangan golongan profesional Melayu/Islam yang sedia membantu masyarakat semakin bertambah. Bantuan yang diberikan juga pelbagai dan tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi juga sokongan, menjalin rangkaian, kerohanian dan juga fesyen. BERITA HARIAN meninjau usaha yang dilakukan segelintir golongan ini dan apa yang mendorong mereka untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.




SESETENGAH belia suka mempersoalkan peluang mereka dalam pekerjaan di syarikat teknologi.



Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, mereka turut melahirkan rasa diri mereka tidak layak memegang sebarang jawatan, sekalipun di syarikat teknologi gergasi seperti Google, Facebook dan Tiktok, yang kebanyakan ibu pejabat Asia Pasifik mereka berpangkalan di Singapura.



Maklum balas sedemikian telah mendorong Penganalisis Risikan Google, Encik Satria Sadon, untuk menubuhkan kumpulan Melayu Islam dalam Teknologi (MMiT).



Kumpulan tersebut, yang ditubuhkan pada Mac tahun ini, bertujuan meningkatkan kesedaran belia tentang peluang yang ada dalam industri teknologi.



Ia merangkumi kakitangan Melayu/Islam yang bekerja dalam syarikat teknologi setempat di sini.



Encik Satria, yang telah bekerja di Google selama tiga tahun, berkata beliau sering melakukan kerja sukarela dengan membantu, khususnya pelajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



"Saya dapati bantuan yang kerap kali diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan lebih bersifat bantuan kewangan dan barangan.



"Memang ini tetap penting, tetapi apa yang lebih penting ialah mendedahkan mereka kepada kemahiran dan juga peluang baru agar mereka terus dapat mempertingkat diri, berjaya serta keluar daripada kepompong masalah yang mereka alami, sama ada daripada segi wang atau sebagainya," ujarnya.



Beliau turut terharu kakitangan Melayu/Islam lain yang bekerja di syarikat teknologi setempat sudi menyokongnya dan sama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan inisiatif itu demi membantu masyarakat.



Sejak ditubuhkan, kumpulan itu telah melancarkan tiga acara, termasuk dua yang diadakan secara fizikal dan satu dalam talian.



Acara diadakan yang lebih bersifat 'networking' bertujuan memberi peluang kepada belia mendengar sendiri perkongsian daripada kakitangan syarikat teknologi tentang peluang sedia ada untuk mereka.



Acara yang terbaru diadakan di ibu pejabat Google dekat Pasir Panjang, turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, dan anggota parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.



Menurut Encik Satria, 38 tahun, bapa dua anak, majikannya amat menyokong usaha- usaha sukarela yang dilaksanakan kakitangan Google untuk membantu masyarakat.



"Syarikat Google sering memperkasa kakitangannya untuk terus berbakti kepada masyarakat dan mereka juga gembira kami mahu membuat perbezaan kepada masyarakat.



"Justeru, mereka bersedia menyediakan platform sesuai agar memudahkan urusan kami melakukan acara di ibu pejabat Google," jelasnya.



Sejauh ini, lebih 200 penuntut daripada maktab rendah, politeknik, ITE dan universiti.



Menerusi acara sebegitu juga, MMiT akan mengongsi kepada beliau bahawa peluang pekerjaan dalam bidang teknologi tidak tertumpu kepada peranan dalam bidang teknologi sahaja tetapi bukan teknologi juga.



Di samping itu, MMiT turut akan mengadakan kursus untuk meningkatkan kemahiran belia termasuk kursus mengenai analitik data.



"Mereka sering sangkakan kriteria untuk diterima masuk syarikat teknologi adalah terlalu tinggi dan sukar untuk mereka diterima dengan hanya pendidikan sehingga politeknik sahaja, misalnya.



"Ada pula yang tidak mempunyai daya keyakinan diri yang tinggi dan menyerah kalah sebelum mencuba.



"Lantaran itu, menerusi sesi networking ini kami berharap belia mempunyai tempat untuk bertanyakan sebarang keprihatinan mereka dan melihat peluang-peluang pekerjaan sedia ada demi masa depan yang lebih cerah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >