Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pil antivirus Pfizer tunjuk tanda baik, namun data lanjut diperlukan

Nov 15, 2021 | 05:30 AM



DATA awal bagi pil antivirus baru Pfizer menunjukkan tanda-tanda menggalakkan, kata Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), sambil menambah ia sedang menantikan data lebih lanjut sebelum menimbangkan kegunaannya untuk pesakit Covid-19.



Data awal telah menunjukkan bahawa ubat itu mampu mengurangkan sebanyak 89 peratus kemungkinan dimasukkan hospital atau kematian di kalangan dewasa yang berisiko mengalami penyakit teruk, kata Pfizer pada 5 November.



Golongan itu termasuk mereka yang mempunyai gejala sederhana dalam masa tempoh lima hari dan berisiko menghadapi penyakit teruk seperti penyakit paru-paru kronik, tekanan darah tinggi atau kencing manis.



Dalam responsnya kepada The Straits Times, Pfizer berkata ia merancang untuk memberikan hasil percubaan awal agar pil itu diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat secepat mungkin.



Ini akan disusuli dengan pemberian hasil percubaan di pasaran lain walaupun Pfizer tidak dapat menganggarkan garis waktu.



Rawatan dikenali sebagai Paxlovid, menggabungkan ubat baru Pfizer dengan ubat antivirus lama, dkenali sebagai ritonavir.



Dalam pada itu, Singapura melaporkan sebanyak 2,304 kes jangkitan baru sehingga Sabtu - lebih rendah berbanding 3,099 pada hari sebelumnya.



14 orang lagi yang berusia di antara 61 tahun dengan 94 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Namun kadar pertumbuhan jangkitan mingguan susut sedikit kepada 0.98, berbanding 1.04 pada Jumaat.



Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat selama seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya.



Kadar yang melebihi satu mencerminkan jumlah jangkitan baru mingguan masih meningkat.



Menurut MOH, kesemua yang mati kecuali satu kes yang belum divaksin sepenuhnya, mengalami masalah kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >