PIL anti virus kedua telah diberikan kelulusan bagi merawat Covid-19 yang bertahap sederhana bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.
Syarikat Amerika, MSD, mengeluarkan pil Molnupiravir yang telah diberikan kelulusan awal di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) oleh Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA), menurut kenyataannya.
HSA menjelaskan bahawa ubat itu boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai risiko menghadapi jangkitan Covid-19 yang teruk dan/atau dimasukkan ke hospital serta pilihan rawatan Covid-19 alternatif tidak bersesuaian untuk mereka.
Ia perlu diberikan dalam masa lima hari menghadapi gejala, untuk tempoh selama lima hari.
Ia akan diberikan dan diutamakan untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit Covid-19 lebih tinggi.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lagi 16 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) boleh memberikan pil Paxlovid untuk pesakit Covid-19 yang berisiko mengalami penyakit teruk dan dinilai oleh doktor mereka sebagai layak menerima rawatan itu.
Ini di samping kesemua poliklink setempat dan 20 PHPC yang sudah menyertai inisiatif perintis itu.
Buat masa ini, MOH akan menanggung sepenuhnya kos ubat itu yang diberikan di pusat penjagaan utama tidak kira status vaksinasi pesakit.
Ini kerana ia dapat mengurangkan kemungkinan pesakit berisiko tinggi mengalami keadaan Covid-19 yang teruk serta perlu dimasukkan ke hospital.
“Dasar bayaran bagi Paxlovid akan disemak semula pada masa mendatang,” tambah MOH.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Pil kedua Covid-19 dapat kelulusan awal HSA
Apr 19, 2022 | 07:52 PM