Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih antara 3 pelan CPF sesuai bagi keperluan persaraan anda

Nov 30, 2020 | 09:30 AM



Apabila saya mencapai usia 55 tahun, sebahagian simpanan CPF saya akan dipindahkan ke Akaun Persaraan. Namun, jika jumlah dalam Akaun Biasa saya tidak mencukupi untuk memenuhi Jumlah Persaraan Penuh, apakah yang boleh saya lakukan?



Jika simpanan Akaun Biasa dan Khas anda tidak mencukupi untuk memenuhi Jumlah Persaraan Penuh, anda akan menerima pembayaran bulanan lebih rendah sepanjang persaraan anda. Anda tidak perlu menokok kekurangan itu dengan wang tunai.

Untuk menerima pembayaran bulanan lebih tinggi, anda boleh mempertimbangkan untuk menokok akaun CPF anda dengan wang tunai dari diri anda sendiri, atau dari orang-orang tersayang. Jika anda terus bekerja selepas usia 55 tahun, simpanan CPF anda akan turut berkembang dengan sumbangan bulanan pekerjaan anda. 



Saya mempunyai ibu bapa lanjut usia yang tidak mempunyai banyak simpanan CPF. Bagaimana saya menokok simpanan mereka secara sukarela, dan ke akaun yang mana satu?



Anda boleh melakukan tokokan Akaun Persaraan CPF ibu bapa anda sehingga Jumlah Persaraan Dipertingkat terkini, iaitu $271,500, yang turut menikmati kadar faedah CPF sehingga 6% setiap tahun bagi meningkatkan simpanan persaraan mereka. Dengan simpanan yang lebih dalam Akaun Persaraan, ibu bapa anda akan menerima pembayaran bulanan lebih tinggi semasa persaraan nanti. 



Apabila anda membuat tokokan wang tunai ke Akaun Persaraan ibu bapa anda, selain membantu mereka meningkatkan simpanan persaraan, anda juga boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setiap tahun kalendar.



Lungsuri https://www.cpf.gov.sg/Members/Schemes/schemes/retirement/retirement-su… untuk maklumat lanjut: 



Di samping itu, mulai 2021, Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) akan diperkenalkan bagi membantu warga Singapura lanjut usia yang berpendapatan rendah hingga pertengahan yang tidak dapat memenuhi Jumlah Persaraan Asas, agar dapat meningkatkan simpanan persaraan. Di bawah skim itu, pemerintah akan memadankan setiap dolar wang tunai yang ditokok ke Akaun Persaraan bagi anggota yang layak, sehingga $600 setahun. (Rujuk rajah untuk syarat kelayakan MRSS)



Lembaga CPF akan menilai kelayakan setiap anggota bagi MRSS setiap tahun secara automatik tanpa memerlukan permohonan. Anggota yang layak akan dimaklumkan menjelang Februari 2021. 





Antara 3 pelan CPF LIFE - Asas, Standard dan Penambahan – yang mana satu memberikan pulangan tertinggi? Apakah baik dan buruk setiap pelan?



3 pelan CPF LIFE ini berbeza dari segi pembayaran bulanan yang diterima. Pilihan pelan anda bergantung kepada pendapatan persaraan yang anda perlukan. 



Jika anda bimbang harga barang-barang akan menjadi lebih mahal dalam tahun-tahun akan datang, anda memerlukan pendapatan persaraan yang meningkat setiap tahun. Pelan Penambahan mempunyai ciri ini. 



Jika anda lebih selesa dengan bajet tetap meskipun ia bermakna kemampuan anda untuk membeli berkurangan dengan peningkatan harga setiap tahun, Pelan Standard mempunyai kadar pembayaran yang setara. 



Jika anda boleh memulakan persaraan dengan pembayaran bulanan lebih rendah yang akan terus diturunkan secara progresif, Pelan Asas sesuai untuk anda.



Pilihan pelan anda bergantung kepada apa yang anda inginkan. Ketiga-tiga pelan akan memberikan anda pembayaran bulanan sepanjang hayat, meskipun jumlahnya berbeza-beza. 



Saya difahamkan saya boleh melakukan pembayaran balik secara sukarela kepada CPF bagi jumlah yang digunakan untuk perumahan. Apakah baik dan buruknya jika saya berbuat demikian?



Apabila anda menjual hartanah anda, simpanan CPF yang digunakan untuk membeli rumah akan dikembalikan dengan faedah berakru. Ini akan mengembalikan simpanan CPF anda pada kadar sedia ada jika ia tidak digunakan untuk membeli hartanah.



Anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran balik ke akaun CPF tanpa menjual hartanah anda, menerusi pembayaran balik perumahan sukarela. 



Dengan melakukan pembayaran balik perumahan sukarela itu, anda mengurangkan jumlah yang perlu dikembalikan ke CPF apabila anda menjual hartanah anda. Jumlah yang dipulangkan itu juga akan meraih faedah CPF yang baik untuk memperkukuhkan simpanan CPF bagi persaraan anda. Jika anda telah melakukan pembayaran balik perumahan, anda juga mungkin menerima wang tunai yang lebih tinggi, yang boleh membantu membuat pembayaran tunai yang diperlukan bagi pembelian hartanah anda seterusnya. 



Untuk mengetahui cara melakukan pembayaran balik perumahan sukarela, lungsuri: https://bit.ly/3qccEgJ




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >