Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih baju Raya amal...

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



INISIATIF Baju Kurung Amal anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) telah memberi harapan dan keceriaan kepada penerima bantuan yang datang untuk memilih baju Raya baru untuk dipakai semasa Lebaran.



Penerima seperti Cik Azizah A. Kader (gambar), 60 tahun, bukan sahaja dapat melihat desain dan warna yang ditawarkan, tetapi beliau dapat membelek dan menggayakannya di depan cermin sebelum membuat keputusan untuk memilih pakaian yang berkenan di hati.



Kemudian mereka ke kaunter untuk mengambil pakaian itu, selain sekotak kurma dan pelitup muka yang disumbangkan oleh penderma.



Secara keseluruhan, 300 penerima habuan Ramadan Muhammadiyah telah dijemput ke acara yang diadakan di WGS itu untuk memilih baju Raya baru mereka dalam enam sesi yang berlangsung dari semalam hingga esok.



Sebanyak 300 pasang baju kurung untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, serta 500 pasang baju Melayu untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak telah disumbangkan oleh penderma, yang nilainya sekitar $40,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >