Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih bekerja sambil belajar bagi ringan beban keluarga

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI anak sulung dalam lima adik-beradik, Encik Muhammad Hafiz Mohamadnor merasakan ia tanggungjawab beliau meringankan beban kewangan ibu bapanya dan menjadi contoh kepada adik-adiknya.



Justeru, setelah tamat peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N', beliau memutuskan tidak meneruskan pendidikan sepenuh masa, sebaliknya secara sambilan.



Beliau mengikuti jurusan Pengurusan Kemudahan (Program Pelatih), peringkat Nitec, di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang membolehkannya belajar sambil bekerja.



Bahkan, beliau selanjutnya mendaftarkan diri bagi Program Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) ITE yang juga membolehkannya menimba ilmu sambil meraih pendapatan.



"Saya tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga saya. Saya mahu ibu bapa saya memberi tumpuan kepada adik-beradik saya dari segi kewangan, jadi saya boleh menyokong diri saya dan mereka pada masa yang sama," ujar pemuda berusia 26 tahun itu kepada Berita Harian.



Kerja keras dan pengorbanannya terbukti membuahkan hasil kerana Encik Hafiz berjaya menjadi lulusan terbaik dalam kohortnya bagi jurusan Penyeliaan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrik di ITE Kolej Timur.



Malah, beliau diiktiraf sebagai Pemenang Pingat Emas Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) di majlis tamat pengajian ITE semalam.



Menurutnya, anugerah ini suatu yang di luar jangkaannya kerana matlamatnya selama ini adalah untuk melakukan terbaik dan menyelesaikan diplomanya bagi meraih kelulusan.



Menurutnya, program WSDip sesuai baginya.



"Saya mendapat ketenangan minda untuk terus mempertingkat kemahiran dalam bidang pilihan saya, menerusi program latihan yang ditaja sepenuhnya.



"Saya berpeluang dimentor dan dibimbing oleh mereka yang berpengalaman di tempat kerja saya sambil meraih pendapatan bulanan stabil untuk menyokong keluarga saya.



"Menamatkan pengajian dengan Diploma dalam genggaman merupakan suatu yang sukar dipercayai. Saya layak, berupaya, yakin dan terdorong - inilah ciri-ciri yang saya ingin majikan saya lihat dalam diri saya," ujarnya.



Malah, dengan diploma yang diraih dan prestasi cemerlangnya di tempat kerja, Encik Hafiz dinaikkan pangkat dari teknisyen ke pegawai teknikal.



Menurutnya, beliau berterima kasih dengan keluarganya kerana sentiasa mengingatkannya bahawa sikap yang betul akan akhirnya membuahkan hasil.



Menyentuh tentang bagaimana beliau mengimbangi masanya, pemuda itu menghadapi kesukaran tetapi berkat galakan keluarganya, beliau tetap tabah.



Menerusi program beliau, Encik Hafiz perlu meluangkan masa di sekolah sehari dalam seminggu.



"Jika saya ada tugasan, saya menggunakan hari rehat seperti hujung minggu, untuk menyelesaikan tugasan. Jika tidak, saya akan tidur lebih lewat setelah waktu kerja untuk menyelesaikan tugas sekolah dan mengulang kaji pelajaran," ujarnya.



Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang pengurusan kemudahan jika terdapat peluang, beliau berkata buat masa ini, beliau akan menghadiri kursus pendek bagi terus mempertingkat dirinya.



Memberi nasihat kepada pelajar yang bekerja sambil belajar, beliau berkata:



"Jangan putus asa dan lakukan yang terbaik kerana tidak semua yang mendapat peluang untuk belajar dan bekerja untuk menimba pengalaman dan pada masa yang sama meraih gaji bulanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >