KEBANYAKAN bekas pelajar madrasah, secara semula jadi, akan memilih melanjutkan pengajian di universiti Timur Tengah.
Tetapi bagi mahasiswa Encik Muhammad Syafiq Mardi, 23 tahun, bekas pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, beliau mahukan pengalaman yang berbeza, dan ini yang mendorongnya mengikuti pengajian di Universiti Yukurova di Turkey.