Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cekal semangat beraya di rantauan

Pilih kekal di Dubai kerana keadaan pandemik yang tak menentu

May 15, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM pandemik Covid-19 melanda, warga Singapura yang menetap di Dubai, Cik Alubah Md Said bersama suami dan anak-anaknya akan tahun demi tahun 'terbang' pulang ke Singapura untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.



Namun buat tahun kedua berturut-turut, suri rumah berusia 48 tahun itu tidak dapat melakukan demikian.



Meskipun berasa amat sedih dan sayu tidak dapat menyambut Hari Raya bersama anak sulungnya yang kini berada di Singapura, ibu, adik-beradik, saudara-mara serta sahabatnya, Cik Alubah berusaha menghidupkan suasana Raya di rantauan.



"Tentunya tidak sama seperti beraya bersama keluarga terdekat namun suasana Raya tetap meriah kerana disambut dengan masyarakat Islam Singapura di sini yang sudah seperti keluarga sebelum Covid-19 melanda.



"Namun dengan adanya sekatan, ia agak muram sedikit kerana semua berjaga-jaga dan tidak lagi kunjung-mengunjung sebaliknya hanya membuat pertemuan secara dalam talian," kongsi ibu tiga anak itu.



Beliau telah berpindah ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), sejak 2013 kerana suaminya bekerja di sana sebagai Ketua Jurutera bersama Penguasa Jalan Raya dan Pengangkutan Dubai.



Anak sulungnya pula tinggal bersama ibu dan adik Cik Alubah di Singapura kerana sebelum ini menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan kini menuntut di Universiti Buffalo, Pendidikan Global SIM.



Untuk menghidupkan suasana Raya, Cik Alubah sekeluarga mengenakan baju kurung sedondon, dan menyerikan rumahnya dengan lampu lap-lip.



Malah, Cik Alubah sendiri membuat kuih Raya seperti kuih makmur, tart nanas dan kuih bangkit serta memasak juadah Raya seperti lontong, lodeh, rendang, sambal goreng dan serunding.



Ketika ditanya apa yang dirinduinya, anak kedua dalam enam adik-beradik itu berkata selain suasana bermaaf-maafan di pagi Raya dan kegiatan kunjung-mengunjung keluarga, beliau turut rindukan masakan air tangan ibunya.



Menurutnya, beliau memilih untuk tidak pulang ke Singapura kali ini disebabkan jumlah Covid-19 yang bertambah dan tidak menentu.



"Kos untuk pulang juga tinggi di mana tempat kuarantin dan ujian swab terpaksa ditanggung sendiri.



"Tempoh kuarantin juga lama dan menjejas tempoh cuti yang diambil untuk pulang ke tanah air. Kami juga bimbang akan tahap keselamatan sewaktu penerbangan," ujarnya.



Untuk mengubati kerinduan, Cik Alubah 'bertemu' keluarganya di Singapura menerusi wadah dalam talian sambil mengenakan baju Raya.



Biarpun berjauhan, beliau bersyukur terdapat wadah teknologi pada zaman kini yang membolehkan keluarga berhubungan.



Melahirkan harapannya bagi keadaan Covid-19 yang melanda seluruh dunia, beliau berharap usaha untuk mengatasi pandemik diteruskan dan vaksinasi berkesan dalam mengawal keadaan.



"Semoga pandemik ini akan berakhir pada masa terdekat. Pada masa yang sama, kami berharap ada langkah yang akan memudahkan warga Singapura yang masih ada ibu bapa dan keluarga untuk pulang menziarah mereka dari segi kos kuarantin dan ujian swab," tambahnya.




"Kos untuk pulang juga tinggi di mana tempat kuarantin dan ujian swab terpaksa ditanggung sendiri.Tempoh kuarantin juga lama dan menjejas tempoh cuti yang diambil untuk pulang ke tanah air. Kami juga bimbang akan tahap keselamatan sewaktu penerbangan... Semoga pandemik ini akan berakhir pada masa terdekat. Pada masa yang sama, kami berharap ada langkah yang akan memudahkan warga Singapura yang masih ada ibu bapa dan keluarga untuk pulang menziarah mereka dari segi kos kuarantin dan ujian swab."
- Cik Alubah Md Said.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >