MENTERI Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengingatkan warga yang keluar mengundi bahawa pilihan mereka akan menentukan siapa yang bakal mengendali pemerintahan Singapura.
Menyatakan demikian semasa memperkenalkan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Nee Soon, Encik Shanmugam menjelaskan tiga perkara yang pengundi harus pertimbangkan semasa membuat pilihan mereka.