PILIHAN RAYA UMUM 2015: RAPAT PAP

'Pilih pemimpin jujur dan berintegriti'

Shanmugam mahu rakyat guna ukur tara sama bagi nilai calon PAP dan pembangkang

KEPIMPINAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengingatkan pengundi akan tanggungjawab memilih pemimpin jujur dan berintegriti, di dua rapat pilihan raya di Nee Soon dan Punggol East semalam.

Berucap di Stadium Yishun, Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menggesa rakyat menggunakan ukur tara yang sama bagi menilai calon PAP dan calon pembangkang.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan