Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih poly kerana tahu bidang diminati walaupun layak ke JC

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



KETIKA di sekolah menengah, beliau pada mulanya mempunyai tanggapan bahawa mengambil laluan pendidikan ke maktab rendah merupakan situasi yang 'ideal'.



Manakan tidak.



JC merupakan pilihan 'popular' dalam kalangan pelajar di sekolah menengah beliau.



Namun, perspektif Cik Zubaidah Mohammed Eusoff berubah apabila beliau tergerak hati untuk meneroka peluang politeknik. Dari situlah tercetusnya minat beliau dalam bidang kewartawanan.



Justeru, setelah menerima keputusan peperiksaan peringkat GCE 'O', Cik Zubaidah memilih untuk menyambung pelajarannya ke Politeknik Temasek yang menawarkan diploma dalam perhubungan dan pengurusan media, walaupun beliau sebenarnya layak untuk ke JC.



Sejak itu, gadis berusia 22 tahun itu tidak pernah menyesal keputusannya dan akhirnya berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading di mana beliau kini menuntut jurusan Inggeris di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Menurutnya, beliau mendapati universiti agak serupa dengan kurikulum politeknik, di mana mereka mempunyai tutorial dan kuliah, kebebasan untuk menentukan jadual sekolah, dan bagaimana kelas kerap bertukar membuatkan beliau sering mengenali rakan baru.



"Saya mempunyai kesukaran menyesuaikan diri dengan sekitaran baru tetapi pendidikan politeknik saya benar-benar membantu mengurangkan kesan tersebut di universiti," kata anak sulung dalam dua adik-beradik itu.



Dalam pada itu, Cik Zubaidah berkata kursusnya di politeknik serta jurusannya di universiti banyak persamaan, termasuk dari segi kemahiran menulis, membaca teks, dan mengkritik filem.



Malah, pengalaman di politeknik membuat beliau sedar bahawa beliau mahir dalam beberapa aspek seperti penulisan dan kewartawanan tetapi bukan dari segi penerbitan.



Dari situ, beliau lebih memahami kekuatan dirinya dan terdorong menuntut jurusan beliau kini yang lebih kepada penulisan.



Ketika ditanya tentang perbezaan pelajar politeknik dan JC, Cik Zubaidah berkata masing-masing mempunyai set kemahiran sendiri.



Contohnya, sedang pelajar JC bijak dalam pelajaran atau 'book smart', pelajar politeknik pula lebih cekap dari segi projek dan tugasan yang memerlukan mereka untuk kerja berpasukan.



Bagaimanapun, Cik Zubaidah berkata tidak kira politeknik atau JC, semuanya dipandang sama di peringkat universiti.



Beliau akur masih terdapat naratif bahawa laluan dari JC ke universiti 'lebih mudah' dan pendidikan politeknik adalah 'pilihan kedua'.



Namun, beliau berharap ia dapat ditepis kerana pilihan untuk sambung pelajaran ke JC atau politeknik bergantung kepada apa yang diingini individu itu sendiri.



"Mendapat tempat di universiti tidak bergantung kepada institusi anda tetapi lebih kepada sejauh mana kesungguhan anda untuk masuk ke universiti dan betapa gigih anda berusaha untuknya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >