Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih sekolah rendah sesuai dengan anak, bukan hanya yang popular

Nasihat beberapa pengetua kepada ibu bapa sempena pembukaan pendaftaran Darjah 1 yang bermula semalam
Jun 30, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa perlu memilih sekolah rendah yang bersesuaian dengan kekuatan dan minat anak mereka dan bukan memilih sekolah semata-mata ia popular atau ibu bapa mempunyai hubungan dengan sekolah itu, kata beberapa pengetua sekolah rendah.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), para pengetua sekolah rendah berkata, apa yang lebih penting ialah memilih sekolah yang dapat memupuk rasa cinta terhadap pembelajaran dan berdekatan dengan rumah dengan harapan si anak dapat mendakapi semangat ingin belajar sepanjang hayat.



Semalam, proses pendaftaran tahunan sekolah rendah telah bermula secara dalam talian dengan beberapa perubahan dilaksanakan buat pertama kalinya tahun ini.



Ini termasuk menggandakan bilangan tempat daripada 20 kepada 40 untuk Fasa 2C - fasa di mana murid yang tidak ada hubungan dengan sekolah layak mendaftar.



Di samping itu, di bawah perubahan yang diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini, dua fasa - 2A (1) dan 2A (2) - telah digabungkan.



Ini bermakna murid yang ibu bapa merupakan anggota persatuan alumni sekolah tidak lagi akan mendapat keutamaan ke atas murid yang ibu bapa atau adik-beradik pernah menuntut di sekolah itu.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada September lalu, berkata bahawa perubahan itu bertujuan memastikan sekolah kekal mudah diakses, terbuka dan inklusif.



Pengetua Sekolah Rendah Northshore, Cik Christine Lam, berkata memilih sekolah yang bersesuaian dengan kekuatan murid akan membantu meningkatkan tahap keyakinan mereka dan ini akan memberi suntikan semangat untuk anak itu cinta pada pembelajaran.



Mentelah lagi, bagi pendidikan sekolah rendah, apa yang diinginkan ialah agar murid rasa gembira datang ke sekolah dan seronok belajar selain mengenali kekuatan dan kelemahan mereka.



"Rasa cinta untuk belajar penting kerana ini akan kekal bersama mereka sepanjang hayat sama ada sebagai pelajar atau apabila meningkat dewasa," katanya.



Akur, Naib Pengetua Sekolah Rendah Unity, Cik Chong Suet Fong, berkata adalah penting untuk ibu bapa memilih sekolah rendah yang bersesuaian dengan kekuatan dan minat anak mereka.



"Memberi tumpuan kepada kekuatan anak dan kualiti positif mereka akan memberi anak peluang besar untuk mencapai paras kecemerlangan peribadi yang tinggi," katanya.



Pengetua Sekolah Rendah Xinghua, Encik Chew Mun Wai, turut berpendapat bahawa di darjah satu, kekuatan dan minat anak masih berkembang, justeru ibu bapa perlu melihat sekitaran dan program yang boleh disertai si anak.



"Memandangkan keperluan mereka masih berkembang, sebuah sekolah perlu memberikan pendedahan yang meluas merentas pelbagai bidang dan ini penting untuk membangunkan aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Pendek kata, pendekatan yang bersifat holistik," katanya.



Ditanya apa yang perlu ibu bapa pertimbangkan semasa memilih sekolah rendah yang sesuai, Encik Chew berkata ibu bapa boleh mengambil kira nilai dan sekitaran sekolah.



"Buat kajian dan lihat pada falsafah dan matlamat sekolah itu dan lihat sama ada ia sejajar dengan nilai yang dipegang ibu bapa," ujarnya.



Aspek praktikal juga perlu dititikberatkan dengan memastikan sekolah yang dipilih berdekatan dengan rumah, tambah Cik Lam.



"Pilih sekolah yang dekat dengan rumah untuk menjimat masa perjalanan kerana jika anak mempunyai kelas tambahan pun, mereka tidak akan rasa terlalu penat," katanya lagi. Laporan tambahan oleh ARNIE YAZREENA YAZID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >