Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAJAR TERBAIK KEJURUTERAAN SISTEM KESELAMATAN

Pilih WSDip dari poly sebab minat pembelajaran 'hands on'

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



DENGAN keputusan yang diraih dalam kursus Nitec elektronik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) beberapa tahun lalu, Encik Daniel Ezzra Adly Mohamed sedar beliau layak melanjutkan pelajarannya ke politeknik.



Namun, kecenderungan beliau terhadap pembelajaran yang lebih 'hands-on' membuatkannya lebih tertarik dengan kursus yang ditawarkan kursus Diploma Kerja-Belajar (WSDip) di ITE.



Justeru, beliau memutuskan untuk 'menyelam sambil minum air' dan berusaha meraih diploma sambil bekerja dalam bidang Kejuruteraan Sistem Keselamatan.



Encik Daniel, 23 tahun, merupakan antara pelajar perintis program itu yang dimulakan pada 2018.



Berkat kesungguhan dan minat, beliau muncul sebagai pelajar terbaik dalam kursus itu dan kini terus membina kerjaya di Certis Technology sebagai jurutera.



Pencapaian beliau diiktiraf dalam majlis yang diadakan di ITE Kolej Central semalam. Beliau juga telah menerima pingat yang disampaikan tamu terhormat Menteri Kedua Pendidikan Dr Maliki Osman.



Menyentuh tentang pilihannya itu, Encik Daniel berkata: "Program ini beri saya peluang menimba pengalaman di tempat kerja dan peluang untuk lanjutkan pelajaran. Pada masa yang sama, saya juga dapat membawa pulang gaji bulanan."



Katanya, beliau menghargai pengalaman bekerja kerana ia menunjukkan realiti alam pekerjaan yang perlu ditempuhi.



"Sebenarnya, saya hadapi kesukaran dalam berinteraksi dengan pelanggan di tempat kerja secara profesional sebelum ini. Saya pemalu dan tak sering berbual.



"Dalam tempoh saya belajar sambil bekerja di Certis Technology, saya dapat membina kemahiran berinteraksi secara sosial dan kini lebih fasih berbual dengan orang lain," katanya kepada Berita Harian.



Pelajar juga dilatih untuk memainkan peranan dalam syarikat tersebut pada masa akan datang dengan membiasakan diri dengan proses dan rutin pekerjaan, katanya.



Selain Encik Daniel, seorang lagi pelajar yang menerima pingat setelah muncul sebagai pelajar terbaik dalam kursus Penyeliaan Khidmat Elektrik & Mekanik di bawah WSDip adalah Encik Muhammad Hafiz Mohamadnor.



Beliau memutuskan untuk menyertai program tersebut setelah menamatkan program Latihan ITE Nitec dalam bidang Teknologi Prasarana dan kini bekerja di Engie Services Singapore Pte Ltd.



Katanya: "Jika kita hanya berada dalam bilik darjah, ada kalanya kita tak dapat lihat apa sebenarnya yang perlu dilakukan (semasa di tempat kerja).



"Tapi, bila kita dapat alami sendiri, kita dapat pelajari perkara baru yang boleh dikongsikan dengan pelajar lain dan juga guru."




"Sebenarnya, saya hadapi kesukaran dalam berinteraksi dengan pelanggan di tempat kerja secara profesional sebelum ini. Saya pemalu dan tak sering berbual.



"Dalam tempoh saya belajar sambil bekerja di Certis Technology, saya dapat membina kemahiran berinteraksi secara sosial dan kini lebih fasih berbual dengan orang lain.''
- Encik Daniel Ezzra Adly Mohamed




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >