Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan tangga kerjaya bagi pekerja senggara landskap

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA penyenggaraan landskap kini mempunyai laluan kemaraan kerjaya tambahan selepas satu tangga kerjaya dua laluan baru diperkenalkan di bawah Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor itu.



Di samping itu, tangga kemahiran PWM itu juga akan dipertingkat mulai Isnin ini untuk menyediakan lebih banyak pilihan kursus latihan bagi peranan kerja pangkat terendah, dan keperluan kemahiran lebih ketat bagi peranan penyelia dan yang lebih rumit.



Semakan terkini kepada PWM itu dikemukakan Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Landskap (TCL) demi memastikan kakitangan penyenggaraan landskap dapat maju dalam kerjaya mereka seiring dengan transformasi industri, dan diiktiraf bagi tugas penting yang dilakukan mereka.



Saranan tersebut dibuat menyusuli konsultasi dan perbincangan kumpulan fokus yang diadakan dengan rakan tiga pihak dan pemain industri.



Lembaga Taman Negara (NParks), SkillsFuture Singapura (SSG), Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan bersama semalam berkata pemerintah telah menerima saranan dalam laporan TCL itu.



Antaranya, satu laluan pakar akan diperkenalkan di bawah tangga kerjaya PWM yang sedia ada, dengan dua peranan kerja baru - pakar landskap dan pakar landskap kanan - disertakan di bawah laluan itu.



Tangga kerjaya PWM semasa melakarkan laluan kerjaya pekerja ke arah peranan penyelia landskap.



Dengan laluan pakar tambahan itu, mereka yang lebih minat membina pengkhususan dalam kemahiran seperti hortikultur boleh memanfaatkan pilihan baru itu.



"Tangga kerjaya dua laluan baru ini adalah satu langkah ke arah menjadikan sub-sektor (penyenggaraan landskap) profesional, oleh itu menjadikan kerjaya ini lebih menarik bagi kedua-dua pekerja yang baru memasuki sektor ini dan juga pekerja yang ada kini," kata TCL dalam satu kenyataan semalam.



TCL menambah bahawa ia akan menjalankan konsultasi lanjut bersama industri untuk menyarankan tangga gaji yang wajar bagi kedua-dua peranan kerja baru di bawah laluan pakar itu, keperluan latihan dan garis masa pelaksanaannya. Butiran lanjut akan diumumkan kelak.



Dalam pada itu, senarai kursus latihan Sistem Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) di bawah tangga kemahiran PWM itu kini diperluaskan supaya pekerja dilatih dalam kemahiran yang sesuai bagi skop tugas di tapak kerja mereka.



Sebelum ini, seorang pekerja landskap, contohnya, perlu menghadiri tiga kursus WSQ mandatori.



Namun, mulai Isnin ini, pekerja itu boleh memilih mana-mana tiga daripada lima kursus WSQ yang ditawarkan.



Misalnya, jika seorang pekerja landskap dikerahkan untuk melakukan tugas menyiram, mencantas dan menyungkup tumbuhan, dia mungkin tidak perlu menjalani latihan dalam penyenggaraan rumput.



"TCL mengiktiraf keperluan untuk menyediakan fleksibiliti lebih besar bagi majikan dan kakitangan landskap untuk memilih kursus yang relevan bagi kakitangan penyenggaraan mereka, bergantung pada keperluan pekerjaan dan keperluan peningkatan kemahiran pekerja," kata TCL.



Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman, yang juga wakil Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW), berkata perubahan kepada tangga kemahiran dan kerjaya PWM itu akan menjadikan sektor landskap lebih menarik, dan ia juga seiring dengan gaji lebih baik yang dinikmati pekerja.



Mulai 1 Julai ini, pekerja landskap akan meraih gaji asas sekurang-kurangnya $1,550, naik daripada $1,450 kini. Di samping itu, kakitangan yang layak akan menerima Bonus PWM mandatori, berkuat kuasa sejak Januari tahun lalu, yang perlu dibayar syarikat landskap kepada pekerja mereka.



"Ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh yang dilakukan NTUC demi memastikan pekerja bergaji rendah kita boleh menikmati gaji lebih baik yang setimpal dengan peningkatan kemahiran, produktiviti lebih tinggi dan kemaraan kerjaya," kata Encik Fahmi dalam satu catatan Facebook semalam.



Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, yang juga pengerusi TCL, berkata:



"Semakan PWM bagi sub-sektor penyenggaraan landskap itu merupakan bukti kepada usaha berterusan kami untuk mengiktiraf nilai kerja sebenar yang dilakukan pekerja khidmat penting sedemikian, dan memastikan kemahiran dan gaji mereka setimpal," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >