Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan Akta Mengekalkan Keharmonian Agama mula berkuat kuasa

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



PINDAAN terhadap Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) yang memperkukuh keupayaan pemerintah untuk melindungi dan bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap ancaman kepada keharmonian agama di Singapura akan berkuat kuasa hari ini.



Akta itu telah dipinda pada 2019 dan terdiri daripada empat bahagian, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya semalam.



Pertama, pindaan itu menghendaki kumpulan agama untuk mematuhi keperluan tertentu untuk melindungi daripada pengaruh asing yang boleh menjejas keharmonian agama di sini.



Antara lain, jawatan kepimpinan pentadbiran utama dalam kumpulan agama hanya boleh dipegang oleh warga Singapura atau penduduk tetap, dan majoriti badan pentadbir itu mestilah warga Singapura.



Seterusnya, pindaan itu memperkenalkan Inisiatif Pemulihan Masyarakat (CRI) sebagai peluang untuk seseorang itu mengambil tindakan pemulihan bagi meredakan ketegangan kaum dan membaiki hubungan yang terjejas.



Pindaan itu juga mengemas kini Perintah Sekatan (RO) untuk membolehkan pemerintah bertindak balas dengan pantas dan berkesan terhadap kandungan dalam talian yang menyinggung perasaan yang mungkin menyebabkan kemudaratan yang meluas kepada keharmonian agama.



Pindaan itu turut menyatukan kesalahan Kanun Keseksaan sedia ada yang berkait dengan keharmonian agama di bawah MRHA bagi memperkukuh dan lebih memfokuskan usaha pemerintah dalam mengekalkan keharmonian agama.



Selain itu, pindaan kepada seksyen 74 Kanun Keseksaan juga dibuat, kata MHA.



Seksyen 74 dalam Kanun Keseksaan membenarkan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada pesalah hingga satu setengah kali ganda jumlah hukuman jika kesalahan itu diperburukkan daripada segi perkauman atau agama, seperti apabila pesalah menyasarkan mangsa berdasarkan kaum atau agama mangsa. Buat masa ini, ia hanya untuk senarai kesalahan Kanun Keseksaan yang ditetapkan.



Pindaan itu akan memperluaskan skop seksyen 74 untuk merangkumi semua kesalahan dalam Kanun Keseksaan, kecuali bagi kesalahan yang sudah menerapkan faktor memburukkan kaum, seperti seksyen 298 dan 298A, dan kesalahan yang menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup.



Pindaan itu juga akan menambah peningkatan hukuman maksimum kepada dua kali ganda, daripada satu setengah kali.



Seksyen 3 Akta Undang-Undang Jenayah (Pelbagai Pindaan) 2021 juga akan berkuat kuasa hari ini.



Ini meminda seksyen 74 dalam Kanun Keseksaan, untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Majistret dan Mahkamah Daerah agar turut meliputi kesalahan berkaitan dengan kesalahan yang diperburukkan secara kaum atau agama seperti yang dinyatakan dalam seksyen 74(2) Kanun Keseksaan.



Baki pindaan di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Pelbagai Pindaan) 2021 berkuat kuasa Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >