Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan beri perlindungan lebih baik bagi individu yang didera

Dec 19, 2022 | 05:30 AM



BETTY (bukan nama sebenar) meninggalkan rumah pada usia 17 tahun setelah mengalami penderaan fizikal dan emosi oleh ibunya.



Kini pada 30-an tahun, beliau rasa terpaksa dan akhirnya bersetuju membayar nafkah bulanan kepada ibunya setelah menerima ancaman mati oleh ibunya di tempat kerja.



Betty berkata beliau enggan berhubungan lagi dengan ibunya, dan menghadapi tekanan mental.



"Hal ini bukan sahaja telah menghidupkan kembali sejarah penderaan yang saya alami dan meningkatkan tekanan saya, bahkan ia juga menjejas kehidupan suami dan anak-anak saya," kata Betty.



Kumpulan kerja yang sedang menyemak Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA) memberi contoh kes Betty untuk menunjukkan tekanan yang dialami anak apabila ibu bapa yang dahulu pernah mendera, mengabaikan, atau meninggalkan anak menuntut nafkah daripada anak itu.



Akta Penyaraan Ibu Bapa membolehkan warga emas yang tidak mampu menyara diri untuk menuntut penyaraan daripada anak mereka.



Antara pindaan yang disarankan, ibu bapa yang mempunyai rekod mendera, mengabaikan atau meninggalkan anak perlu mendapatkan izin Tribunal Penyaraan Ibu Bapa dahulu sebelum melaksanakan proses pendamaian bersama anak mereka di pejabat Pesuruhjaya Penyaraan Ibu Bapa.



Sekarang ini, anak itu harus menyediakan bukti telah didera apabila tuntutan itu dibuat.



Dengan perubahan yang diusulkan itu, individu seperti Betty boleh menerima perlindungan lebih baik, kata kumpulan kerja semakan MPA itu.



"Tekanan yang dihadapi boleh mengakibatkan mereka untuk menyerah dan menerima permintaan ibu bapa, walaupun kes itu mungkin diketepikan jika ia didengari tribunal dalam perbicaraan.



"Jika terdapat rekod rasmi bagi kes ini, perubahan itu akan membantu untuk mencegah tekanan yang dialami Betty," kata kumpulan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >