Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMANSUHAN SEKSYEN 377A DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

Pindaan perboleh pemerintah tegakkan takrif perkahwinan, dasar berkaitan

Sedutan ucapan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen
Nov 29, 2022 | 05:30 AM



DALAM berkongsi niat pemerintah untuk memansuhkan Seksyen 377A, kami telah melibatkan masyarakat Melayu/Islam secara meluas sepanjang setahun ini.



Ini termasuklah para pemimpin agama, asatizah serta ketua masyarakat dan badan-badan Melayu/Islam.



Ramai pada mulanya bimbang ia akan mengakibatkan perubahan mendadak pada dasar-dasar lain, seperti takrifan perkahwinan, pengambilan anak angkat, peraturan atas kandungan media dan kurikulum pendidikan, serta pendekatan masyarakat secara keseluruhan.



Secara jelas masyarakat kita mahu institusi 'keluarga' kekal sebagai tunggak utama kita.



Saya telah memberi penjelasan bahawa pemansuhan Seksyen 377A akan diiringi Pindaan Perlembagaan dan akan dilakukan sekali gus supaya Parlimen terus berhak menetapkan undang-undang perkahwinan dan keluarga.



Ia akan membolehkan pemerintah terus menegakkan takrifan perkahwinan dan dasar yang bergantung padanya.



Pindaan ini memberi perlindungan kepada undang-undang tersebut daripada cabaran baru yang bersandarkan Bahagian 4 dalam Perlembagaan Negara sepertimana cabaran sering dibuat terhadap Seksyen 377A.



Ini juga bermakna sokongan-sokongan lain yang mengambil rujukan daripada takrifan perkahwinan kita, termasuk subsidi perumahan awam dan akses keutamaan bagi pasangan suami isteri serta insentif kewangan untuk pasangan suami isteri mendapatkan anak, seperti Hadiah Tunai Bonus Bayi, akan kekal.



Dalam kesemua perbincangan tersebut, saya berbesar hati dengan sikap pemimpin masyarakat kita yang dapat berbincang secara tenang dan rasional.



Irsyad Mufti dan ulama mapan kita pula telah memberi kata putus pendirian agama mengenai homoseksualiti secara arif - bahawa dalam Islam, hanya hubungan seksual antara lelaki dan wanita dalam perkahwinan dibenarkan.



Pada masa yang sama, Mufti juga menjelaskan bahawa gaya hidup homoseksual tidak mengeluarkan seseorang dari agamanya. Mereka mesti tetap didekati dengan rahmah dan belas ihsan apalagi oleh keluarga mereka sendiri.



Sifat terbuka pemimpin masyarakat dan kebijaksanaan ahli agama kita telah menghindar situasi di mana emosi masyarakat dalam hal ini sengaja dapat dipanas-panaskan.



Terima kasih kami kepada mereka semua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >