Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Pindaan Piagam Wanita kemuka usul bantu pasangan cerai secara baik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Pindaan Piagam Wanita kemuka usul bantu pasangan cerai secara baik

Nov 02, 2021 | 05:30 AM

PASANGAN yang ingin bercerai akan dibantu melakukannya secara baik tanpa menuduh satu sama lain di bawah peraturan baru yang diperkenal di bawah pindaan Piagam Wanita.

Perubahan tersebut, yang dibaca buat kali pertama di Parlimen semalam, meliputi fakta perceraian keenam, iaitu untuk bercerai selepas persetujuan bersama bahawa perkahwinan itu tidak dapat bertahan lagi atau Divorce by Mutual Agreement (DMA).

Ia membolehkan pasangan bersama memikul tanggungjawab atas keretakan perkahwinan tersebut.

Di bawah undang-undang sedia ada di Singapura, pasangan yang ingin bercerai perlu membuktikan satu daripada lima fakta yang menunjukkan perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan.

Di bawah fakta keenam itu, pasangan yang ingin bercerai perlu menyenaraikan sebab keretakan perkahwinan, langkah yang telah diambil untuk berbaik semula serta pertimbangan yang telah diambil bagi ehwal anak-anak dan juga kewangan dalam dokumen yang perlu dihantar ke mahkamah.

Antara contoh langkah yang diambil untuk berbaik semula termasuk kaunseling perkahwinan atau meminta bantuan kawan atau anggota keluarga untuk menghuraikan perbalahan.

Mahkamah kemudian akan meminta kededua pihak mendapatkan bantuan perantaraan, kaunseling atau program, contohnya program untuk ibu bapa.

Ia juga boleh menafikan persetujuan antara kededua pihak jika terdapat sebarang kemungkinan untuk berbaik semula.

Dalam satu sidang media berkaitan pindaan itu, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling, berkata rang undang-undang itu merupakan langkah pertama bagi mengurangkan konflik antara pasangan yang ingin bercerai, yang biasanya perlu mengungkit konflik yang pernah dilalui sebelum itu semasa proses perundangan.

"Titik permulaan ini untuk memperkenal fakta keenam perceraian adalah untuk mengurangkan perasaan kurang baik dalam proses perceraian.

"Ini kerana pasangan biasanya sudah pertimbangkan sama ada perkahwinan tersebut boleh diteruskan, dan apabila mereka lihat ia tidak dapat bertahan lagi, mereka akan merasakan kededua pihak perlu memikul tanggungjawab bersama atas keretakan tersebut," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3