Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pindaan rang perkukuh langkah pengubahan wang haram, biaya keganasan

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH-LANGKAH menentang pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan akan diperkukuh selepas pindaan undang-undang yang mengawal penyedia khidmat pembayaran dalam talian diluluskan di Parlimen semalam.



Pindaan itu juga akan memperkukuh undang-undang berkenaan token pembayaran digital demi memastikan syarikat yang mengeluarkan token sedemikian melindungi aset pengguna mereka.



Pindaan kepada Akta Khidmat Pembayaran itu telah diperkenalkan di Parlimen pada November tahun lalu oleh Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, yang juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS), untuk mengawal penyedia khidmat pembayaran seperti bank, syarikat pengiriman wang dan firma teknologi.



Ia juga bertujuan mempertingkat rangka kerja kawal selia bagi penyedia khidmat aset dalam talian, seperti pertukaran digital, firma kriptowang dan khidmat e-dompet.



Pindaan itu juga akan melaksanakan standard dipertingkat yang ditetapkan badan antarabangsa yang bertujuan menangani risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang boleh timbul daripada perkhidmatan tersebut.



Menyertai perbahasan rang undang-undang itu semalam, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) telah mengutarakan beberapa keprihatinan, termasuk isu keselamatan siber mengenai kriptowang, masalah kejuruteraan sosial, penipuan pertukaran kripto, dan pengeluaran token digital.



Beliau berkata meskipun adanya pelesenan dan peraturan, pertukaran kripto penuh dengan risiko dan ketidakstabilan, dan mana-mana kegiatan kewangan dalam ruang siber akan menjadi sasaran bagi penjenayah siber.



Beliau berkata pertukaran kripto merupakan sasaran bagi penggodam dan kerugian bernilai jutaan dolar telah dilaporkan sejak lima tahun lalu.



Encik Saktiandi menambah bahawa meskipun sistem keselamatan yang direka untuk melindungi pertukaran dan pelanggan telah dipertingkat sejak beberapa tahun lalu, kejadian penggodaman terus berlaku tahun lalu.



Malah, separuh daripada penggodaman berkaitan kripto dilaporkan daripada protokol dan pertukaran kewangan tidak berpusat (DeFi), atau khidmat kewangan yang menggunakan kontrak bijak.



"Saya ingin bertanya apakah pendirian pemerintah tentang DeFi?," tanya Encik Saktiandi.



Menjawab soalan itu, Encik Ong berkata khidmat sedemikian masih baru di Singapura, namun ia boleh berubah dengan pantas.



"DeFi pada masa ini merupakan bentuk perkhidmatan DPG (Jaminan Pembayaran Tertunda) yang paling umum, yang akan dirangkum dengan skop diperluas yang diperkenalkan hari ini.



"Namun, jika terdapat keperluan untuk melibatkan rejim peraturan lanjut pada masa depan, kami akan bersedia," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >