Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pindaan rang undang-undang cukai setem galak pasaran hartanah stabil

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



PEMINDAHAN pemilik pada entiti pemegang-hartanah (PHE) kepada amanah hidup dengan pemilik yang tidak boleh dikenal pasti akan tertakluk kepada cukai pindah milik tambahan (ACD) sehingga 44 peratus.



Ini antara pindaan di bawah Rang Undang-undang Cukai Setem yang telah diluluskan di Parlimen semalam.



Ini akan dikenakan apabila ambang pemilikan ketara telah dicapai.



Matlamatnya adalah untuk menangani perbezaan dalam kadar cukai setem antara pemerolehan dan pelupusan langsung harta kediaman dengan melakukan hal tersebut secara tidak langsung melalui pemindahan kepentingan ekuiti dalam PHE, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat.



Rang Undang-undang itu juga mencadangkan mengenakan cukai setem apabila pemilik benefisial melepaskan kepentingan dalam harta kediaman yang dipegang atas amanah.



Menjelaskan rasional di sebalik perubahan pada rang undang-undang tersebut di Parlimen semalam, Encik Chee berkata Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) dan ACD beroperasi bersama untuk mempromosikan pasaran hartanah kediaman yang stabil dan mampan di Singapura.



Sebelum 9 Mei 2022, apabila harta kediaman dipindahkan kepada amanah hidup tanpa pemilik benefisial yang boleh dikenal pasti bagi harta tersebut pada masa pemindahan, ABSD tidak dikenakan.



"ACD (Amanah) mengikuti pengenalan ABSD (Amanah)," kata Encik Chee.



"Perubahan ini memastikan layanan cukai setem yang serupa untuk pemindahan harta kediaman atau kepentingan ekuiti dalam PHE, sama ada diperoleh secara langsung atau melalui amanah."



Beliau menambah bahawa pemegang amanah bertanggungjawab membayar ACD (Amanah) pada kadar ACD lazim sehingga 44 peratus untuk pembeli, yang terdiri daripada 40 peratus ABSD dan sehingga 4 peratus cukai setem pembeli (BSD).



Beberapa anggota parlimen termasuk Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) telah menyuarakan sokongan terhadap pemindahan rang undang-undang itu.



Beliau berkata:



"Saya setuju untuk mengenakan ABSD (Amanah) sebanyak 35 peratus ke atas sebarang pemindahan hartanah kediaman kepada amanah hidup walaupun mungkin tiada pemilik benefisial yang boleh dikenal pasti.



"Oleh kerana amanah sebegitu adalah instrumen yang hanya tersedia bagi individu yang sangat kaya yang mampu membayar hartanah secara tunai, adalah lebih penting lagi kita menutup kelemahan yang mungkin dieksploitasi oleh pembeli sedemikian untuk mengelak daripada membayar ABSD."



Encik Wee menambah bahawa langkah sedemikian adalah "perlu untuk menggalakkan pasaran hartanah kediaman yang saksama dan mampan, di mana golongan yang sangat kaya seharusnya tidak mempunyai kelebihan tertentu dalam mengelakkan cukai yang perlu dibayar oleh pembeli hartanah lain".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >