Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan undang-undang keharmonian kaum dilulus

Perkenal langkah lindungi pengaruh asing ke atas kumpulan agama; Inisiatif Pemulihan Masyarakat (CRI) bagi pesalah yang menyinggung kumpulan agama; dan kemas kini Perintah Sekatan (RO)
Oct 08, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu mengemas kini undang-undang berkaitan keharmonian agama memandangkan trend global seperti sikap keagamaan yang meningkat serta keganasan lebih tinggi yang didorong ucapan kebencian.



Menyatakan demikian semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata negara ini juga perlu mampu bertindak untuk mencegah kegiatan berkaitan agama daripada menjejas negara ini secara negatif.



"Adalah mudah bagi gerakan keagamaan di negara lain untuk menjejas kita. Gerakan keagamaan (mencerminkan) cara pemikiran baru.



"Kita perlu adakan semacam pemutus litar untuk mencegah kegiatan berkenaan agama untuk menjejas kita secara negatif," ujar Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian di perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Mengekalkan Keharmonian Agama (Pindaan), yang kemudian diluluskan di Parlimen semalam.



Antara lain, pindaan itu memperkenalkan langkah melindungi pengaruh asing ke atas kumpulan agama, memperkenalkan Inisiatif Pemulihan Masyarakat (CRI) bagi pesalah yang menyinggung kumpulan agama, serta mengemas kini Perintah Sekatan (RO) bagi menghalang penyebaran kenyataan yang menyinggung.



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam berkata sejak Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) diluluskan pada 1990, Internet dan media sosial telah digunakan untuk mendorong serangan kebencian.



Terdapat juga campur tangan yang meningkat oleh negara asing dalam hal ehwal negara lain, katanya.



Encik Shanmugam memberi pelbagai contoh, termasuk gerakan sayap kanan di Eropah yang menimbulkan rasa gelisah terhadap orang Islam dan minoriti lain, serta penggunaan algoritma yang membolehkan kebencian menjadi tular dalam talian.



Singapura rata-ratanya tidak terjejas daripada masalah seperti itu, tetapi ia mudah terjejas dengan pembangunan di negara lain, katanya lagi.



"Dalam tempoh 60 tahun yang lalu, pemerintah telah bersikap adil dalam melayani semua agama dan kumpulan agama," kata Encik Shanmugam.



Memetik kajian Pusat Penyelidikan Pew 2014 bahawa masyarakat Singapura paling rencam dari segi agama di dunia, Encik Shanmugam berkata ini menjadikan negara ini mudah terjejas kepada garis-garis pemisah.



Beliau menambah, perubahan kepada undang-undang itu diusul selepas perundingan yang luas, dan sokongan mencukupi, daripada masyarakat agama yang berbeza.



Lebih 25 Anggota Parlimen (AP) tampil menyertai perbahasan semalam, rata-ratanya menyokong pindaan kepada undang-undang tersebut, termasuk AP pembangkang.



Namun, AP turut meminta penjelasan daripada Encik Shanmugam mengenai perkara seperti pemisahan antara politik dan agama di Singapura.



Ketua parti pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) berkata ahli politik Singapura seringkali dilihat bergambar bersama tokoh agama.



Memberi responsnya, Encik Shanmugam berkata sedang Singapura memisahkan hal politik dan agama, pemerintah menjalin hubungan rapat dengan pemimpin agama.



"Ini membantu kita untuk membina kepercayaan, dan jalinan, dan ini adalah penting bagi masyarakat secara keseluruhannya," ujar Encik Shanmugam.



Namun, beliau melahirkan keprihatinan tentang kenyataan Encik Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) bahawa Encik Faisal tidak setuju dengan prinsip memisahkan antara politik dan agama sebagai seorang Muslim.



Encik Faisal menjelaskan sebagai seorang Muslim, beliau percaya agama Islam adalah satu gaya hidup yang merangkumi setiap aspek hidup termasuk politik, tetapi seseorang tidak harus menggunakan agama untuk keuntungan politik.



Encik Shanmugam pula berkata sedang ahli politik mempunyai kepercayaan masing-masing, mereka harus mewakili dan bertindak bagi kepentingan semua warga Singapura, tidak kira kaum dan agama.




"Kita semua akur kuasa agama. Ia merupakan pendorong bagi kebaikan. Agama-agama utama telah mengubah masyarakat secara positif. Mereka merupakan tunggak nilai masyarakat - keihsanan, kebaikan dan sikap murah hati. Pada masa yang sama, kita juga akur agama telah dan boleh dipergunakan untuk memburu kuasa politik, dengan kesan buruk bagi masyarakat."
– Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam.




LAPORAN LANJUT PARLIMEN:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >