Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pindaan undang-undang TraceTogether dan SafeEntry diusul

Agar data hanya diguna untuk 7 jenis jenayah serius
Feb 02, 2021 | 05:30 AM



PINDAAN undang-undang yang akan diperbahaskan di Parlimen hari ini bertujuan mengehadkan penggunaan data jejak kontak dalam siasatan jenayah kepada jenayah serius sahaja dan akan mengatasi semua undang-undang lain.



Ini bermakna agensi awam tidak boleh menggunakan undang-undang lain untuk menuntut supaya data peribadi yang dikumpulkan bagi tujuan jejak kontak semasa pandemik ini didedahkan bagi tujuan lain.



Namun ini boleh dilakukan bagi tujuh jenayah serius yag ditetapkan, termasuk pembunuhan dan pengganasan, sehingga pemerintah menghentikan penggunaan sistem TraceTogether (TT) dan SafeEntry (SE) apabila pandemik berakhir.



Data jejak kontak yang dilindungi Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Pindaan) termasuk data jarak dekat orang yang menggunakan alat jejak kontak, tempat-tempat yang dikunjungi pengguna tersebut dan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan butiran kontak.



Rang undang-undang ini, semalam, diperkenalkan di Parlimen oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menggunakan Sijil Tindakan Segera atau Certificate of Urgency yang bermakna undang-undang yang diusul itu dianggap memerlukan tindakan segera untuk membolehkannya diperkenalkan, dibincangkan dan diluluskan dalam satu sidang Parlimen.



Dr Balakrishnan, yang juga bertanggungjawab bagi inisiatif Negara Bijak, memperkenalkan rang itu bagi pihak Menteri Undang-Undang K. Shanmugam.



Dalam kenyataannya semalam, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) berkata pemerintah memperkenalkan rang itu dalam keadaan yang luar biasa.



"Agar jejak kontak boleh dilakukan secara berkesan, kami terus memerlukan sokongan kuat dan penggunaan aktif aplikasi TraceTogether atau tokennya, untuk memastikan kita sendiri dan Singapura selamat," kata SNDGO.



"Undang-undang ini bertujuan menghapuskan sebarang keraguan mengenai penggunaan data jejak kontak peribadi."



Selain wadah TT dan SE yang dibangunkan pemerintah, rang tersebut juga merangkumi wadah jejak kontak BluePass (BP) yang dibangunkan sektor privet dan boleh digunakan selaras dengan TT.



Ia menetapkan sebarang penggunaan atau pendedahan data jejak kontak tanpa izin sebagai satu kesalahan.



Mereka yag didapati bersalah melanggar undang-undang itu boleh didenda sehingga $20,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kededuanya sekali.



Ini lebih tinggi daripada denda yang diperuntuk di bawah Akta Sektor Awam (Pemerintahan) yang menyatakan pegawai awam yang sengaja atau kerana kecuaiannya mendedahkan data peribadi warga Singapura tanpa kebenaran atau menyalahguna data tersebut boleh didenda $5,000, dipenjara selama dua tahun atau kededuanya.



Rang itu diperkenalkan ekoran reaksi pihak awam kepada hujah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan pada 4 Januari, yang berkata di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC), polis boleh mengambil sebarang data di bawah bidang kuasa Singapura, termasuk data TT, bagi tujuan siasatan jenayah.



Kenyataannya itu dilihat sebagai bercanggah dengan kenyataan pemerintah pada tahun lalu, iaitu data TT hanya akan digunakan bagi tujuan jejak kontak untuk menangani pandemik.



Pada 8 Januari, SNDGO berkata Rang akan diperkenalkan di Parlimen untuk merasmikan jaminan lebih awal tersebut dan jika diperlukan bagi siasatan jenayah, hanya boleh digunakan bagi tujuh jenayah serius yang ditetapkan.



Pada masa itu, SNDGO berkata ia adalah bukan bagi kepentingan awam untuk melarang sepenuhnya polis daripada menggunakan maklumat tersebut.



Namun ia menambah: "Kami akur kesilapan kerana tidak meyatakan data dari TT tidak dikecualikan dari CPC."



Semalam, SNDGO berkata jejak kontak harus diteruskan secara berkesan supaya Singapura boleh menguruskan krisis Covid-19 ini dengan berjaya, mengasingkan kes dengan cepat dan mengekang penularan jangkitan dalam masyarakat.



Menurutnya, TT dan alat jejak kontak lain telah mengurangkan masa purata untuk jejak kontak dari empat hari ke kurang 1.5 hari.



Buat mas ini, lebih 80 peratus penduduk telah memuat turut aplikasi TT atau mengambil token.



Aplikasi dan token TT bertukar-tukar isyarat Bluetooth dengan orang yang berhampiran untuk menjejak dengan cepat mereka yang terdedah kepada pesakit Covid-19.



SE pula merakam tempat-tempat yang dikunjungi seseorang menerusi imbasan kod QR.



BluePass merangkumi token jejak kontak yang digunakan pekerja asing atau penduduk setempat yang bekerja di dormitori atau dalam sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan.



Pindaan kepada undang-undang ini hanya melindungi data jejak kontak yang mengenal pasti seseorang individu.



Ia tidak merangkumi data yang diagregatkan atau data tanpa nama yang tidak mengenal pasti seseorang.



SNDGO berkata data sedemikian mungkin digunakan dalam penyelidikan epidemiologi untuk memperkukuh respons kesihatan awam atau memantau keberkesanan langkah pengurusan selamat yang dilaksana perniagaan-perniagaan.



Menurut SNDGO, pemerintah akan berhenti menggunakan sistem TT dan SE apabila pandemik berakhir.



Pada masa itu, agensi awam perlu berhenti mengumpulkan data menerusi dua program tersebut dan menghapuskan data jejak kontak awam secepat yang termampu.



Parlimen dijangka memperbahaskan Rang Undang-Undang itu hari ini.



Jika diluluskan, pindaan kepada undang-undang dijangka berkuatkuasa pada pertengahan bulan ini.




7 JENAYAH SERIUS



1) Miliki atau gunakan tanpa kebenaran bahan letupan, senjata api atau senjata bahaya



2) Kesalahan berhubung pengganasan di bawah Akta Pengganasan (Mengekang Pengeboman), Akta Pengganasan (Mengekang Pembiayaan) dan Akta Pengeboman (Mengekang Salah Guna Bahan Radioaktif)



3) Jenayah yang sehingga sebab mangsa cedera teruk atau terbunuh, seperti bunuh, bunuh tanpa hasrat, cederakan seseorang sehingga nyawa terancam



4) Kesalahan mengedar dadah yang dikena hukum mati



5) Larikan diri dari tahanan di mana seseorang dijangka cederakan orang lain



6) Menculik atau ambil orang tebusan



7) Jenayah seksual serius seperti merogol dan mencabul kehormatan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >