Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pindah media ke entiti baru 'langkah terbaik, paling wajar' : SPH

May 07, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Pengarah Singapore Press Holdings (SPH) Ltd berkata memindahkan perniagaan media ke entiti bukan keuntungan merupakan 'langkah terbaik dan paling wajar' demi memastikan orang awam masih akan dapat memanfaatkan maklumat bermutu dan berita yang boleh dipercayai dari pelbagai akhbar dan wadah media.



Dalam konteks masyarakat berbilang bangsa, beliau berkata SPH memainkan fungsi penting dengan menyediakan berita dan maklumat bermutu kepada awam, terutama dalam bahasa-bahasa vernakular, kata pengerusi SPH Dr Lee Boon Yang.



"Memandangkan peranan dan fungsi penting SPH Media, menutup atau menjual perniagaan media bukan satu pilihan bagi kumpulan ini kerana pilihan itu akan menjejas akses awam bagi mendapatkan berita maklumat penting, serta menjejas kepelbagaian dan persaingan media di Singapura," tambah Dr Lee.



SPH, yang memiliki media termasuk Berita Harian (BH), The Straits Times (ST), Lianhe Zaobao dan Tamil Murasu, berkata langkah penyusunan semula itu merupakan sebahagian dari semakan strategik dijalankan sejak Mac lalu.



Ia akan memindahkan kesemua perniagaan media ke sebuah anak syarikat milik penuh, SPH Media Holdings Pte Ltd.



Di bawah saranan itu, SPH Media kemudian akan dipindahkan ke sebuah entiti bukan keuntungan bagi satu jumlah nominal.



Entiti itu akan menjadi syarikat berhad dengan jaminan atau company limited by guarantee (CLG).



Selepas SPH dipindahkan kepada CLG, SPH tidak akan lagi tertakluk kepada pemegang saham dan sekatan di bawah Akta Suratkhabar dan Mesin Cetak (NPPA).



Saranan itu bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa dan pemegang saham.



SPH merancang mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) Julai ini.



Perniagaan media mencatatkan kerugian pertama sebanyak $11.4 juta bagi tahun kewangan 31 Ogos 2020.



Jika tidak kerana Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), kerugian dialami lebih mendalam sebanyak $39.5 juta.



Pendapatan iklan dijangka terus susut dan peningkatan pendapatan pengiklanan digital tidak akan mengimbanginya.



"Perniagaan media dijangka terus kekal rugi dan menghadapi cabaran kewangan bagi beberapa tahun mendatang. Pemegang saham SPH tidak akan menerima kesan negatif berterusan dalam perniagaan media kerana prospek kewangannya.



"Sebaliknya, kita boleh membenarkan pertubuhan media yang berfungsi, dipercayai dan dihormati terjejas dengan tekanan pasaran dan sekatan komersial.



"Oleh itu, ia amat jelas bahawa syarikat disenarai awam tidak lagi menjadi model yang dimampui bagi SPH Media. Model pembiayaan baru diperlukan bagi SPH Media kekal utuh dari segi kewangan dan berfungsi dengan baik dalam jangka panjang," kata Dr Lee.



Kekal menjadi sebahagian dari syarikat disenaraikan di SGX dan terpaksa berhadapan dengan jangkaan pemegang saham SPH dari segi mendapatkan keuntungan dan dividen yang tetap 'tidak akan menjadi model niaga yang dapat dikekalkan'.



SPH telah melaksanakan beberapa langkah mengurangkan kos sejak beberapa tahun lalu bagi menangani pendapatan iklan yang semakin merosot.



"Namun, skopnya amat terhad untuk terus mengurangkan kos tanpa menjejas keupayaan mengekalkan mutu kewartawanan," tambah beliau.




APAKAH MAKNA SYARIKAT BERHAD DENGAN JAMINAN ATAU COMPANY LIMITED BY GUARANTEE (CLG)



- CLG merupakan syarikat awam bagi jalankan kegiatan bukan keuntungan.



- Tidak mempunyai modal saham atau pemegang saham tetapi anggota yang bertindak sebagai penjamin tanggungan syarikat.



- Antara syarikat di Singapura yang mempunyai model ini ialah The Esplanade.



- Beberapa media asing yang mempunyai model CLG seperti the Guardian di Britain, konglomerat media terbesar di Jerman, Bertelsmann, dan media yang pernah memenangi anugerah Pulitzer iaitu ProPublica di Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >